Skip to main content

Bahagian Koridor Infrastrukur dan Sistem Maklumat Geospatial

Ketua Bahagian
RosdiYa'acob

Ketua Bahagian/Unit 
Rosdi bin Ya'acob
Pengarah
Telefon 09-7481957  
Faks      09-7461718
Emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Alamat  Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Aras Bawah, Blok 4 Kompleks Kota Darulnaim
15503 KOTA BHARU , KELANTAN

                       

 

 

 

 

Latar Belakang

Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali ke 25/2018 yang bersidang pada 19 Disember 2018 telah menimbang dan membuat keputusan bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial (BKI-GIS) Negeri Kelantan.

Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial (BKI-GIS) berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Infrastruktur Utiliti di bawah Enakmen Hak Akses dan Penggunaan Tanah Infrastruktur Utiliti Negeri Kelantan 2022 yang bertanggungjawab mengurus, mengawal, menyelia dan menyelaras suatu kebenaran hak akses dan penggunaan tanah bagi pemajuan, pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur utiliti atau koridor utiliti oleh mana-mana pembekal utilti atau penyedia infrastruktur utiliti sama ada di atas, di permukaan atau di bawah mana-mana tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah beri milik di seluruh Negeri Kelantan.

Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial (BKI-GIS) juga bertanggungjawab menyedia dan membangunkan Pangkalan Data Utiliti dalam Sistem Maklumat Geospatial (GIS) yang komprehensif merangkumi maklumat-maklumat berkaitan jajaran, rangkaian, sesalur dan pendudukan infrastruktur utiliti atau koridor utiliti di Negeri Kelantan. Ia meliputi pengumpulan, penyelarasan dan kawalan keselamatan ke atas data-data mengenai infrastruktur utiliti atau koridor utiliti seperti kabel elektrik, paip air, kabel komunikasi, paip gas, paip pembentungan, kabel lampu isyarat, paip air pengudaraan sejuk, kabel lampu jalan, penempatan bagi talian lampu awam, pondok telefon dan infrastruktur lain yang berkaitan dengannya daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan, Agensi Kerajaan, pemegang lesen, pihak yang diberi suatu kebenaran oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan dan orang atau badan yang berkaitan.

Objektif

OBJEKTIF

  • Mengurus dan menyelaras perancangan pembangunan infrastruktur utiliti dan koridor utiliti secara komprehensif, bersepadu dan bersistematik.
  • Mengawal dan memantau pelaksanaan pemajuan infrastruktur utiliti dan koridor utiliti oleh semua Agensi Kerajaan dan swasta demi untuk keselesaan orang awam, penggunaan ruang yang efisien dan penjimatan kos penyenggaraan pada masa hadapan.
  • Menyedia dan mengawalselia pangkalan data berkaitan kedudukan keseluruhan infrastruktur utiliti atau koridor utiliti di Negeri Kelantan melalui Sistem Maklumat Geospatial (GIS).
  • Menguatkuasakan pelaksanaan audit keselamatan infrastruktur utiliti di Negeri Kelantan.


VISI

Sebagai peneraju utama yang menjadi teras kepada pengurusan infrastruktur utiliti dan koridor utiliti di Negeri Kelantan secara komprehensif, bersepadu dan selamat.

 

MISI 

Menjadikan Negeri Kelantan sebagai Negeri yang unggul dalam pelaksanaan pembangunan infrastruktur utiliti dan koridor utiliti yang lebih terancang, tersusun serta bersistematik.



Fungsi Bahagian
  1. Mengurus, mengawalselia, memantau dan menguatkuasa suatu kebenaran hak akses dan penggunaan tanah bagi pemajuan, pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur utiliti dan koridor utiliti oleh mana-mana pembekal utiliti atau penyedia infrastruktur utiliti yang merangkumi penempatan infrastruktur utiliti di jalan raya baru (greenfield), di jalan raya lama (brownfield) dan kawasan pembangunan baharu.
  2. Mengurus dan menguatkuasa pelaksanaan pengauditan keselamatan infrastruktur utiliti di Negeri Kelantan.
  3. Menyedia, menyelaras, menyenggara dan mengawalselia pembangunan Pangkalan Data Utiliti dalam Sistem Maklumat Geospatial (GIS) melalui pengesahan ‘Underground Detection and Mapping’.
  4. Memberi khidmat nasihat dan pandangan teknikal mengenai pembangunan Infrastruktur Utiliti atau Koridor Utiliti yang merangkumi perancangan penempatan utiliti bagi projek pembangunan baru (kawasan perumahan, industri, perdagangan dan sebagainya).
  5. Menyelaras pelaksanaan Undang-Undang, Dasar, Ketetapan, Peraturan-Peraturan, Kaedah-Kaedah, Undang-Undang Kecil, Perintah, Pekeliling-Pekeliling dan Arahan-Arahan oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti melaksanakan Garis Panduan Pengorekan Jalan, Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti, Prosedur Permohonan Pemajuan Menara atau Struktur Komunikasi, Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi dan sebagainya.
  6. Mengurus pelupusan tanah bagi pendudukan infrastruktur utiliti di atas, di permukaan atau di bawah mana-mana tanah kerajaan atau tanah rizab.

KELGOV PPST