Bendera Negeri Kelantan
Bendera Kelantan, yang berwarna merah dan putih, melambangkan kejujuran, kesucian, dan kekuatan, serta mencerminkan identiti dan warisan negeri Kelantan.
Latar Belakang Bendera
Bendera Negeri Kelantan telah melalui beberapa perubahan sejak kurun ke-18. Pada awalnya bendera yang digunakan adalah berwarna putih, yang melambangkan kesucian dan keikhlasan pemerintah serta rakyat. Bendera ini digunakan sehingga tahun 1912 sebelum diperkenalkan reka bentuk yang lebih kompleks yang mengandungi elemen-elemen Islam.
Reka Bentuk dan Simbolisme
Bendera Kelantan yang digunakan sejak tahun 1924 mempunyai latar belakang merah dengan simbol putih.
Warna merah melambangkan kejujuran raja, pembesar, dan rakyat, manakala
warna putih melambangkan kesucian Sultan yang memerintah.
Simbol-simbol yang terdapat pada bendera termasuk:
-
Bulan sabit dan bintang: Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negeri Kelantan.
- Latar belakang bendera negeri yang warna Merah : Membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata kepada negeri.
- Warna Putih : Bermaksud kesucian Sultan yang memerintah negeri Kelantan.
-
Tombak dan keris: Menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu Kelantan.
Evolusi Bendera

Bnedera ini digunakan sebagai panji-panji negeri Kelantan ketika pemeintahan Sultan Muhammad IV. Ia direkabentuk dari kaligafi ayat al-Quran yang membentuk seperti seakan seekor harimau sebaliknya ada juga menyatakan ianya adalah gambaran anjing Qitmir yang menjadi peneman pemuda ashabul kahfi. Dari selidikan yang dibuat,panji-panji ini dikenali sebagai Nasrun Min Allah dengan petikan ayat ke-13 surah al-saff yang berbunyi :

Surah 61-13 : al-Saff,Ayat 13
.... Pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita menggembirakan itu kepada orang-orang beriman."
Sejak tahun 1912 hingga 1923, bendera Kelantan mengalami perubahan yang menarik dengan pengenalan reka bentuk yang lebih rumit, termasuk kaligrafi ayat-ayat al-Quran. Namun bendera ini digantikan pada tahun 1924 dengan reka bentuk yang lebih sederhana tetapi sarat dengan makna.
Kesimpulan
Bendera Kelantan bukan sahaja menjadi simbol identiti visual negeri, tetapi juga mencerminkan perjalanan sejarah, budaya, dan agama yang kaya. Ia adalah lambang perpaduan rakyat Kelantan yang berbilang latar belakang, tetap setia kepada tradisi dan Sultan mereka






