Skip to main content

Kunjung Hormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Ke Atas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

kppa

 

16 Julai 2025 – Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Kelantan, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berbahagia Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, di Pejabat KPPA, Putrajaya.

Pertemuan selama hampir dua jam ini menjadi platform perbincangan mendalam antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, menyentuh pelbagai isu strategik termasuk penstrukturan semula perjawatan, pembangunan serta penempatan sumber manusia dan penerapan nilai H.E.M.A.T sebagai asas kepada budaya kerja sektor awam yang cekap, berintegriti dan berorientasikan rakyat.

Turut hadir:
- Datuk Dr. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)
- Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan
- Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan
- Dato' Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)
- Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kerajaan Negeri Kelantan kekal komited dalam mempertingkat kecekapan perkhidmatan awam demi manfaat rakyat dan pembangunan negeri.

  • Last updated on .
  • Hits: 143
KELGOV PPST