PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN
SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN
UNIT AUDIT DALAM
- Menjalankan sekurang-kurangnya 5 Auditan Penuhdi Jabatan/Agensi Negeri Kelantan Setahun.
- Mengeluarkan deraf laporan awal pemerhatian audit dalam tempoh 7 hari bekerja selesai pengauditan.
- Mengeluarkan laporan akhir pemerhatian audit kepada Auditee dalam tempoh 14 hari bekerja selesai pengauditan Exit Conference.
- Menjalankan rancangan auditan tahunan kepada Kementerian Kewangan Malaysia sebelum 31 Januari setiap tahun.
- Menghantar laporan tahunan Unit Audit Dalam kepada Kementerian Kewangan Malaysia sebelum 31 Mac setiap berikutnya.
- Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Negeri (MJKA) sebanyak 4 kali setahun.
- Menjalankan Pemantauan Susulan Laporan Ketua Audit Negara (AG’s Dashboard) sebanyak 4 kali setahun.
- Menjalankan auditan mengejut (AP309) di 3 buah Jabatan / Agensi Negeri.
- Menjalankan naziran terhadap 10 Jabatan / Agensi Negeri setahun
BAHAGIAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS
- Memberi akuan penerimaan aduan integriti dan tadbir urus dalam tempoh tiga (3) hari bekerja (jika perlu)
- Mengedar surut maklum balas, menjalankan siasatan serta menyediakan laporan kes dalam tempoh 21 hari bekerja (aduan biasa) dan 365 hari (aduan kompleks)** tempoh masa boleh dilanjutkan mengikut arahan Jawatakuasa Menilai Aduan (JMA)
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Peringkat Negeri Kelantan - 3 kali setahun
- Mengadakan Majlis Samburan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan - 1 tahun sekali
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
-
Memberi maklumbalas kepada cadangan penggubalan dan penyemakan undang-undang baru dan sedia ada dalam tempoh 14 hari dari Tarikh penerimaan dokumen dan maklumat lengkap
-
Menyediakan pandangan dan nasihat dalam tempoh 14 hari dari Tarikh penerimaan arahan
-
Memberi maklumbalas dan menyemak perjanjian dan memorandum persefahaman alam tempoh 14 hari dari Tarikh penerimaan dokumen lengkap
-
Menyediakan kertas MMK dalam tempoh 14 hari bekerja bermula dari Tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa berkenaan
-
Membuat penyelarasan berkaitan kes-kes litigasi dengan jabatan-jabatan berkaitan dalam tempoh 14 hari
BAHAGIAN KOORDINASI DAN PROGRAM KHAS
- Menyediakan Dan Mengedarkan Minit Mesyuarat Yang Lengkap, Tepat, Dan Berkualiti Tinggi Serta Hanya Dikongsi Dengan Pihak Berkepentingan Yang Berhak Sahaja Dalam Tempoh Tujuh(7) Hari Bekerja Selepas Mesyuarat Berlangsung.
- Memantau setiap Tiga (3) Bulan Sekali Projek-Projek yang Dikeluarkan Oleh Negeri Kelantan yang Diluluskan Oleh Jawatankuasa Pemantauan Projek-Projek Pelaburan dan Penswastaan Negeri Kelantan.
- Memantau Kemajuan Sistem MyPTJ Melalui Mesyuarat Penyelarasan MyPTJ Setiap Tiga (3) Kali Setahun.
- Melaksanakan Koordinasi Secara Berkesan Dengan Memastikan Sesi Koordinasi Bersama Pemegang Taruh / Agensi Teknikal Dijalankan Sekurang-Kurangnya Tiga (3) Bulan Sekali Bagi Memastikan Keberkesanan Pelaksanaan Projek Pembangunan Madinah Al-Salam.
- Melaksanakan Koordinasi Secara Berkesan Dengan Memastikan Sesi Koordinasi Bersama Pemegang Taruh / Agensi Teknikal Dijalankan Sekurang-Kurangnya Tiga (3) Bulan Sekali Bagi Memastikan Keberkesanan Pelaksanaan Projek Kompleks Sukan Bukit Merbau, Madinah Al-Riadah.
- Memastikan Perkhidmatan Data Geospatial Yang Berkualiti, Boleh Dipercayai Dan Memenuhi Kehendak Pelanggan Serta Dikemaskini Setiap 6 Bulan Sekali Mengikut Malaysia Standard MS1759:2020
- Menyediakan Kertas-Kertas Mesyuarat Kerajaan/Exco dalam tempoh 14 hari bekerja
- Menyediakan dan Mengedarkan Minit Mesyuarat dalam tempoh 3-7 hari bekerja
- Memantau projek-projek yang dikeluarkan oleh Negeri Kelantan yang telah diluluskan setiap 3 bulan sekali
BAHAGIAN PENGURUSAN BENCANA
- Memastikan penyelarasan pengurusan bencana (bantuan dan teknikal) bersama semua agensi yang berkaitan dalam tempoh 24 jam daripada tempoh berlaku bencana
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN NEGERI KELANTAN
-
Setiap aduan yang diterima akan diberi maklum balas dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan dibuat.
-
Menjalankan risikan/siasatan awal ke atas setiap aduan dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.
-
Menjalankan serbuan berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh dalam masa 3-5 hari.
-
Membuka IP (kertas siasatan) dalam masa 1-3 hari selepas serbuan.
BAHAGIAN SEKTERIAT SUKMA
1. Memastikan peratusan tahap kepuasan pelanggan luaran terhadap penyampaian perkhidmatan sekreteriat SUKMA mencapai sekurang-kurangnya 90%
2. Memastikan peratusan tahap kepuasan pelanggan luaran terhadap penyampaian perkhidmatan sekreteriat SUKMA mencapai sekurang-kurangnya 90%
3. Memastikan sekreteriat SUKMA memberikan maklumbalas kepada pelanggan mengikut kategori yang berikut:
i. Pertanyaan dan cadangan diselesaikan dalam tempoh 5 hari bekerja
ii. Aduan biasa diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja
iii. Aduan kompleks diselesaikan dalam tempoh 365 hari, termasuk hari kelepasan am.
4. Memastikan venue pertandingan dapat disiapkan mengikut jadual penganjuran temasya
5. Memastikan venue pertandingan dibina mengikut piawaian pertandingan kebangsaan/ antarabangsa
6. Memastikan ketersediaan venue-venue sukan dan venue penginapan atlet bagi penganjuran temasya SUKMA
7. Memastikan keurusetiaan bagi penganjuran temasya SUKMA bersedia mematuhi syarat-syarat terkini acaras ukan yang akan dipertandingkap
i. Pertanyaan dan cadangan diselesaikan dalam tempoh 5 hari bekerja
ii. Aduan biasa diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja
iii. Aduan kompleks diselesaikan dalam tempoh 365 hari, termasuk hari kelepasan am.
4. Memastikan venue pertandingan dapat disiapkan mengikut jadual penganjuran temasya
5. Memastikan venue pertandingan dibina mengikut piawaian pertandingan kebangsaan/ antarabangsa
6. Memastikan ketersediaan venue-venue sukan dan venue penginapan atlet bagi penganjuran temasya SUKMA
7. Memastikan keurusetiaan bagi penganjuran temasya SUKMA bersedia mematuhi syarat-syarat terkini acaras ukan yang akan dipertandingkap
PEMBANGUNAN
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI KELANTAN
- Menyelaras permohonan bagi cadangan-cadangan pembangunan/program daripada agensi-agensi bagi mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Portfolio berkaitan dalam tempoh 4 bulan (3 kali setahun)
-
Menyediakan kertas-kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima
BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN
- Penyaluran Dasar dan Arahan Kerajaan kepada PBT dalam tempoh 7 hari bekerja bermula dari tarikh Dasar / Arahan tersebut diterima.
- Penyediaan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah maklumat lengkap diterima.
- Penyediaan Baucer Bayaran diangkat kepada Perbendaharaan Negeri dalam tempoh 7 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
- Penghantaran Penyata Kewangan PBT untuk pengauditan sebelum 31 Mei setiap tahun kepada Jabatan Audit Negara.
- Pemakluman aduan / maklum balas PBT kepada PBT berkenaan dalam tempoh 3 hari bekerja setelah aduan/ maklum balas diterima.
- Pemantauan Unit Pusat Setempat (OSC) PBT seluruh Negeri Kelantan sebelum 15 haribulan setiap bulan.
- Penyaluran peruntukan pembangunan kepada PBT 2 kali setahun (sebelum berakhir bulan April dan Oktober setiap tahun).
BAHAGIAN PERUMAHAN
-
Urusan bayaran jelas Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam tempoh tidak lebih 10 minit
-
Urusan memproses permohonan pindah milik Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam masa 60 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
-
Tindakan pengurusan aduan penyelenggaraan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam masa 5 hari dari tarikh permohonan / aduan diterima.
BAHAGIAN PELABURAN KELANTAN
-
Memproses permohonan projek-projek pelaburan(yang telah dilengkap berdasarkan senarai semak tidak melebihi 2 bulan daripada penerimaan permohonan yang lengkap untuk diangkat bagi mendapatkan perakuan Jawatankuasa Sehenti Pelaburan Kelantan (JKSP)
-
Menyediakan kertas-kertas MMk dalam tempoh 14 hari bekerja bermula dari tarikh keputusan Jawatankuasa Sehenti Pelaburan Kelantan (JKSP)
-
Memberikan maklumbalas/pandangan teknikal kepada agensi yang berkaitan dalam tempoh 14 hari bekerja.
BAHAGIAN KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN
- Membuat bancian dan menganalisa data kemasukan pelancong 1 bulan sekali.
- Mengadakan program kebudayaan dan kesenian di Gelanggang Seni sebanyak 80 persembahan setahun
- Memproses permohonan penyewaan Gelanggang Seni dalam 1 hari waktu bekerja
- Memproses permohonan pengedaran brosur dalam 5 hari dari tarikh permohonan diterima
BAHAGIAN KORIDOR INFRASTRUKTUR DAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL
- Semakan Permohonan Hak Akses dan Penggunaan Tanah Bagi Laluan Sesalur Utiliti dalam 1 hari waktu bekerja
- Pengeluaran Notis Bayaran Permohonan dalam dalam 1 hari waktu bekerja
- Pengeluaran Permit Kebenaran Akses / Izin Lalu dalam 3 hari bekerja dari tempoh bayaran dibuat
- Pengemaskinian Rekod Utiliti kedalam Pangkalan Data GIS dalam 1 hari waktu bekerja.
- Penyediaan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Untuk Pajakan dalam 7 hari bekerja setelah maklumat lengkap diterima
- Pengeluaran Surat Kelulusan / Dokumen Pajakan dalam 1 hari bekerja setelah diluluskan oleh PBN / PTG
PENGURUSAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
- Urusan peminjaman pegawai berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 tahun 2008 Tempoh Dua (2) Bulan Dari Tarikh Terima Permohonan. (SPO)
- Penghantaran Maklumat Jawatan Isi Kosong Ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Dengan Kekerapan Setiap Tiga (3) Bulan Sekali. (SPO)
- Urusan Pelantikan Kontrak (Contract For Service) Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Kelulusan. (SPO)
- Penyambungan Perkhidmatan Kontrak (Contract for Service) Dilaksanakan Dalam Tempoh Dua (2) Bulan Selepas Permohonan Di Terima. (SPO)
- Pendaftaran pegawai baharu dalam aplikasi HRMIS dalam tempoh 30 hari dari tarikh terima surat pelantikan / tarikh Lapor diri. (SPO)
- Urusan Persaraan (Pencen) Dan Gantian Cuti Rehat (GCR) Dalam Tempoh 30 Hari Bekerja Dari Tarikh Permohonan Diterima. (SP)
- Urusan Tuntutan Sara Ubat Dan Perubatan Dalam Tempoh 30 Hari Bekerja Dari Tarikh Permohonan Diterima. (SP)
- Urusan Permohonan Tanggung Kerja Dalam Tempoh 30 Hari Bekerja Dari Tarikh Permohonan Diterima. (SP)
- Urusan Permohonan Cuti Anggota Perkhidmatan Awam Negeri (Cuti Sakit Lanjutan/Separuh Gaji / Tanpa Gaji/ Separuh Gaji) Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja Dari Tarikh Permohonan Diterima. (SP)
- Mengeluarkan Surat Kebenaran Menghadiri Mesyuarat / Taklimat Luar Negeri Kelantan Dalam Masa 14 Hari Dari Tarikh Kelulusan Diterima Daripada Pejabat YB Dato’ SUK. (SP)
- Menyemak Dan Mengesah Penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) Daripada Jabatan Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja Dari Tarikh Penerimaan Dokumen. (SP)
- Urusan Kenaikan Pangkat Dalam Tempoh 3 Bulan Daripada Tarikh Permohonan. (SPT)
- Urusan Tatatertib Dalam Tempoh 4 Bulan Setelah Dokumen Lengkap Diterima. (SPT)
- Memproses permohonan milik tanah kerajaan oleh pegawai awam dalam tempoh 3 bulan. (SPT)
- Mengambil Tindakan Terhadap Kes Kaunseling Yang Dirujuk Dalam Masa 7 Hari Dari Kes Diterima Oleh Urusetia. (SPsi)
- Pengeluaran Keputusan Program Transformasi Minda Dalam Tempoh 2 Bulan Hari Bekerja. (SPMI)
- Memproses Permohonan Pengecualian Program Transformasi Minda Dan Peperiksaan Dalam Tempoh 2 Minggu Hari Bekerja. (SPMI)
- Urusan Pelantikan Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Jawatan Berasaskan Caruman (JJBC) Negeri Kelantan. (SJBC)
- Urusan Penerimaan Surat Masuk Proses Keseluruhan Mengambil Masa 3 hari. (Unit Pengurusan)
BAHAGIAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN
- Memproses Kertas Kerja EXCO yang diterima dan diedarkan kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja sebelum Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
- Menyiapkan deraf minit selepas Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja selepas disahkan.
- Menghantar keputusan Persidangan / fail-fail (tindakan serta-merta) kepada pihak yang berkenaan dalam masa satu (1) hari selepas persidangan.
- Menghantar keputusan Persidangan / fail-fail (biasa) kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh lima (5) hari selepas disahkan.
- Memproses kelulusan permohonan di bawah peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
- Memproses Borang Tuntutan Perjalanan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam masa empat (4) hari bekerja.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
- Permohonan bagi penggunaan kenderaan Kerajaan dalam masa 1 hari bekerja
- Permohonan Pegawai untuk mendapatkan tempahan bilik di Rumah Sri Kelantan, Persint 10, Putrajaya dalam masa 1 jam.
- Penyediaan bayaran gaji dan elaun disempurnakan dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh terima tuntutan yang lengkap.
- Penyediaan baucer bayaran tuntutan oleh pembekal disempurnakan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh terima tuntutan yang lengkap.
- Pengeluaran resit-resit bayaran disempurnakan dalam masa setengah jam selepas menerima bayaran.
- Pengeluaran Pesanan Tempatan dan Inden Kerja disempurnakan dalam masa 3 hari daripada tarikh menerima permohonan yang lengkap.
- Pengeluaran surat keputusan Mesyuarat Jawatan Tender Negeri kepada agensi pelaksanaan disempurnakan tidak lebih daripada 3 hari selepas tarikh mesyuarat.
- Pengeluaran surat tawaran kerja/inden kerja kepada penyebut harga yang berjaya disempurnakan tidak lebih daripada 3 hari selepas tarikh mesyuarat.
- Menguruskan aduan kerosakan kecil di pejabat dalam masa 5 hari bekerja.
- Memastikan kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor dilantik dan unit bertanggungjawab melaksanakan pembersihan dengan baik dan memuaskan dalam masa 5 hari bekerja.
- Memastikan kenderaan Kerajaan diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan dalam masa 3 bulan.
- Memastikan stok bekalan pejabat dalam simpanan sentiasa ada dan mencukupi dalam masa 1 bulan.
- Memastikan pengurusan rekod inventori dan harta modal sentiasa dikemaskini dalam masa 5 hari bekerja.
- Menyelenggara inventori dan harta modal supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan dalam masa 1 bulan.
BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Membangunkan sistem aplikasi baharu dalam tempoh 12 bulan dari tarikh permohonan diluluskan.
- Mengambil tindakan terhadap aduan masalah capaian rangkaian di bawah kawalan BPTM dan kerosakan peralatan ICT di semua Bahagian / Unit di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan dalam tempoh 24 jam dari masa aduan diterima.
- Memuat naik maklumat Portal Rasmi Kelantan (http://www.kelantan.gov.my) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh maklumat diterima.
- Pendaftaran “sub-domain” dan “hosting” dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh masa permohonan diterima.
- Pendaftaran akaun e-mel rasmi (http://webmail.kelantan.gov.my) dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari masa permohonan diterima.
- Menaik taraf/menambah baik sistem aplikasi sedia ada dalam tempoh enam (6) bulan bagi sistem aplikasi yang berskala kecil/ sederhana dan 12 bulan bagi sistem aplikasi yang berskala besar masing-masing dari tarikh permohonan diluluskan.
- Menyelenggara sistem aplikasi sedia ada dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh aduan diterima
BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT
- Mendaftar kes aduan dan hantar kepada agensi negeri di adu (bukan dalam sistem eAduan) dalam tempoh 2 hari
- Menerbitkan Buletin Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan setiap 3 bulan.
- Menerbitkan Laporan Tahunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Tahun Sebelumnya sebelum 30 Jun tahun berikutnya.
- Menerbitkan Buku Harian Rasmi Kerajaan Negeri sebelum 31 Januari Tahun Semasa.
- Mesyuarat Pemantauan Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Jabatan/Agensi Kerajaan Setiap 4 Bulan.
- Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Aduan Awam Jabatan/Agensi Kerajaan setiap 2 kali setahun.
- Mesyuarat Kajian Kepuasan Pelanggan Jabatan/Agensi Kerajaan Di Kompleks Kota Darulnaim setiap 2 kali setahun.
- Menganjurkan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (MPIPA) Peringkat Negeri Kelantan Sebelum Oktober Tahun Semasa.
- Mengadakan Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan sebelum /Pada 31 Oktober Tahun Semasa.






