Pada abad ke -19 hingga awal abad ke - 20
tugas – tugas kesetiausahaan seperti menulis surat – surat DiRaja dan surat – surat rasmi Kerajaan telah dilaksanakan oleh "Semian" (Tok Semian). Perkataan "Semian" berasal dari bahasa Siam yang bermakna "jurutulis". Di akhir abad ke – 19 pejabat Semian terletak di bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai "Opis Panjang" yang dibina pada awal pemerintahan Sultan Mansor(1891—1899).
Tahun 1954
