Skip to main content

CARTA FUNGSI
  PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN


TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN (PEMBANGUNAN)

  

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN)
  • Memantau pelaksanaan rancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal negeri.
  • Menyediakan rancangan pembangunan lima (5) tahun Malaysia bagi Negeri Kelantan serta kajian ‘’Rolling Plan’’.
  • Mengurus menyediakan unjuran-unjuran mengenai aspek-aspek ekonomi, kependudukan, pertumbuhan, guna tenaga dan isu-isu pembangunan ekonomi keseluruhannya.
  • Merancang dan menyelaras pelaburan negeri dan memproses permohonan pelaburan sektor swasta dan agensi –agensi kerajaan.
  • Merangka strategi-strategi,program-program bagi pertanian, pelancongan, perkhidmatan, pembuatan, industri, usahawan-usahawan, infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Pengecaman projek-projek, program-program selaras dengan strategi-strategi bagi pertanian, pelancongan, perkhidmatan, pembuatan, industri, usahawan-usahawan, infrastrukur dan kemudahan awam.
  • Memantau dan menilai projek-projek yang akan dan telah dilaksanakan selaras dengan strategi-strategi pembangunan sektoral.
  • Pengurusan Pentadbiran, Organisasi, Awam serta meningkatkan sistem pembudayaan kualiti.
  • Pemantauan dan Penilaian bagi keberkesanan dasar, strategi, program dan projek semasa.
  • Penyelidikan dan penyediaan statistik maklumat, unjuran Ekonomi, laporan-laporan berkala serta kajian sosio-ekonomi, sains dan teknologi.
BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN (KT)
  • Menyediakan Kertas cadangan Dasar bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
  • Menyelaras pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Penyelaras pengagihan peruntukan projek pembangunan PBT.
  • Penyelaras permohonan kelulusan lesen Snooker dan Billiard bagi PBT Negeri Kelantan.
  • Penyelaras permohonan Lesen premis pasaraya bagi PBT Negeri Kelantan.
  • Memantau status permohonan OSC PBT Negeri Kelantan.
  • Menyelaras dan mewartakan Undang-undang Kecil PBT.
  • Memproses Kelulusan Projek Pembangunan di PBT.
  • Menyelaras Pengeluaran Surat Kebenaran Berbelanja (SKB) PBT.
  • Memproses Bayaran, Pesanan Tempatan, Indeks Kerja dan perkara yang berkaitan kewangan.
  • Memproses Kelulusan Anggaran Belanjawan PBT.
  • Memproses Permohonan Penilaian Semula Pegangan PBT.
  • Menyelaras Penetapan Kadar Cukai Taksiran Tahunan PBT.
BAHAGIAN PERUMAHAN
  • Menyelaras perancangan dan pelaksanaan Rumah Mampu Milik Kelantan di bawah kelolaan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan swasta.
  • Menggubal dasar berkaitan Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK).
  • Menyediakan anggaran Belanjawan Tahunan untuk projek RMMK.
  • Menguruskan proses permohonan dan pemilihan pemo-hon yang layak untuk ditawarkan RMMK.
  • Pemudahcara projek-projek RMMK di bawah kendalian Jabatan Persekutuan dan pihak swasta.
  • Mengurus, menyelia dan memantau penyelenggaraan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dan Penguatkuasaan ke atas kutipan sewa dan sewa beli Rumah Awam Kos Rendah (RAKR).
BAHAGIAN PELABURAN KELANTAN
  • Mengurus dan memproses segala jenis bentuk permohonan pelaburan yang melibatkan tanah kerajaan, tanah milik Pesuruhjaya Tanah Kelantan (PTK) serta tanah milik yang melibatkan pengambilan sehingga mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
  • Berperanan sebagai pemudahcara, memberi khidmat nasihat dengan layanan yang telus dan saksama serta menjaga kepentingan para pelabur dan pelaburan yang dilaksanakan.
  • Konsisten dalam mencari peluang pelaburan melalui program-program promosi.
BAHAGIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN NEGERI KELANTAN (TIC)
  • Bertanggungjawab meningkatkan imej pelancongan Negeri Kelantan bagi memastikan kemasukan pelancong ke Negeri Kelantan.
  • Merangka dan menyusun pelbagai jenis program dan aktiviti yang menarik bagi menggalakkan pelancong domestik dan antarabangsa untuk datang melancong.
  • Gelanggang Seni pula merupakan sebahagian daripada Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan yang berfungsi sebagai pusat kesenian dan kebudayaan Negeri Kelantan. Aktiviti kesenian dan kebudayaan perlu terus diadakan bagi menarik pelancong untuk terus berkunjung ke negeri ini.
BAHAGIAN KORIDOR INFRASTRUKTUR DAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL
  • Mengurus, mengawal, menyelia, memproses permohonan penggunaan tanah oleh semua pembekal utiliti.
  • Penyelaras dan perancang kepada ruang koridor infrastruktur utiliti supaya ia dapat diurus dengan lebih teratur dan berkesan.
  • Menyelaras penyediaan dan penyelenggaraan Rangkaian Sesalur Komunikasi Gunasama.
  • Mengurus Pembangunan Koridor Infrastruktur Utiliti yang merangkumi perancangan penempatan utiliti di jalanraya baru (greenfield), penempatan utiliti di jalan raya lama (brownfield) dan penempatan utility bagi projek pembangunan baru (kawasan perumahan, industri, perdagangan)
  • Menyelaras pembangunan Pangkalan Data Utiliti Sistem Maklumat Geospatial (GIS)
  • Menguatkuasakan Pelaksanaan Undang-undang Negeri Kelantan berkenaan hak asasi dan penggunaan tanah bagi tujuan infrastruktur utiliti di Negeri Kelantan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

 SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN

  

UNIT AUDIT DALAM (UAD)
  • Merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi sesebuah organisasi. Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan memperbaiki keberkesanan kawalan dan proses tadbir urus.
  • Bertanggungjawab memberi kepastian dan khidmat perundingan kepada Ketua Agensi mengenai sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus agensinya. Kepastian yang diberi oleh Ketua Unit Audit Dalam adalah melalui pendapat professional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus.
  • Merupakan tambahan atau pengganti kepada pihak pengurusan. Tanggungjawab ke atas kawalan dalaman untuk memastikan peraturan dan prosedur yang bersesuaian dan mencukupi diwujudkan, tanpa mengambil kira aktiviti audit, adalah terletak di bawah tanggungjawab pihak pengurusan.
  • Unit Audit Dalam juga berfungsi sebagai :
    • Setiausaha Jawatankuasa Audit Negeri Kelantan.
    • Urusetia Jawatankuasa Naziran Negeri Kelantan.
    • Urusetia Jawatankuasa Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat SUK Negeri Kelantan.
    • Urusetia Jawatankuasa Pemantauan Mystery Shopping.
    • Urusetia Jawatankuasa Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Pejabat SUK Negeri Kelantan.
    • Urusetia Jawatankuasa Audit Dalam Sistem Penguru san Anti Rasuah MS ISO 37001:2016 Pejabat SUK Negeri Kelantan.
    • Urusetia Jawatankuasa Audit Dalam.
BAHAGIAN INTEGRITI & TADBIR URUS (BITU)
  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  • Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Negeri Kelantan.
  • Urusetia melaporkan tindakan kepada inisiatif-inisiatif Pelan Anti-Rasuah Kebangsaan (NACP).
  • Urusetia kepada pembangunan Pelan Anti-Rasuah Negeri Kelantan (OACP/SACP).
  • Mengesan & mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguat-kuasaan yang bertanggungjawab.
  • Mengadakan siasatan terhadap aduan yang di terima.
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti organisasI.
  • Mengadakan Kursus / Bengkel / Seminar / Taklimat / Forum dan Sambutan Hari Integriti.
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/ maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  • Mewujudkan Polisi Pemberi Maklumat Pejabat SUK Negeri Kelantan.
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Urusetia kepada Persijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS).
  • Urusetia melaksanakan Standard Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) Peringkat Negeri Kelantan.
  • Membantu melaksanakan pemantauan dan pematuhan penilaian Naziran Integriti.
  • Membantu menyediakan laporan tatatertib kepada Urusetia Lembaga Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SUK, Negeri Kelantan.
  • Menyediakan pelaporan Integriti Agensi Awam kepada Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG NEGERI KELANTAN (BAHUU)
  • Mengkaji dan menyemak undang-undang utama dan undang-undang subsidiari sedia ada yang terpakai di Negeri Kelantan.
  • Mengkaji dan menyemak perjanjian-perjanjian dan memorandum persefahaman yang melibatkan Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan sebagai pihak untuk memelihara kepentingan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan.
  • Membuat dan menggubal undang-undang baharu di bawah bidang kuasa negeri mengikut Jadual Ke Sembilan dan Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan.
  • Menyediakan pandangan undang-undang dan maklumbalas kepada SUK Negeri Kelantan dan Agensi Kerajaan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan undang-undang sedia ada..
  • Menyelaras pandangan jabatan-jabatan Kerajaan Negeri berkaitan dengan kes-kes litigasi yang melibatkan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan (PPUUNK).
  • Bertanggungjawab mengendalikan kes-kes litigasi yang melibatkan pelaksanaan perintah mahkamah.
BAHAGIAN KOORDINASI & PROGRAM KHAS (BKPK)
  • Pengurusan Khidmat Penyelarasan/ Perundangan/Pemantauan Dan Pelaksanaan Dasar-Dasar Dan Arahan Pentadbiran.
  • Pemantauan Projek Pelaburan.
  • Pelaksanaan Program-Program Pengukuhan Sosial Ekonomi Rakyat.
  • Penyelarasan Berkaitan Isu Melibatkan Pembangunan Tanah.
BAHAGIAN PENGURUSAN BENCANA
  • Sebagaimana yang digariskan dalam Arahan No. 20 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh YB. Dato’ Setiausaha Kerajaaan.
  • Menyelaraskan gerak kerja, dasar dan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Negara (NADMA) berkaitan dengan pengurusan bencana.
  • Mengeluarkan strategi, arahan, pelan tindakan, halatuju dan dasar dalam pengurusan bencana.
  • Menguruskan aspek pengurusan bencana diperingkat Negeri dan Jajahan.
  • Khidmat keurusetiaan kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa bencana di peringkat Negeri, Jajahan dan Daerah.
  • Mengadakan Post-Mortem pengendalian bencana diadakan selepas kejadian sesuatu bencana.
  • Menyelaras penggunaan peruntukan kewangan bersama dengan Pegawai Pembangunan Negeri dalam urusan perbelanjaan pengurusan bencana dan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana.
BAHAGIAN PENGUATKUASA NEGERI KELANTAN
  • Berfungsi sebagai pusat operasi penguatkuasaan secara am bagi Negeri Kelantan yang menyelaraskan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan ke atas semua kesalahan mengikut perundangan yang berkuatkuasa sama ada dasar, kanun, akta, enakmen, undang-undang, peraturan, kaedah serta garis panduan yang terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri sebagaimana yang dinya-takan dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Bahagian Operasi dibahagikan kepada dua (2) seksyen iaitu Seksyen 1 (Seksyen Hutan, Air Dan Tanah) dan Seksyen 2 (Seksyen Lain perkhidmatan veterinar, perikanan, alam sekitar, kawalan hiburan dan lain-lain kuasa baki di bawah Perlembagaan Persekutuan).
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan sama ada secara dalaman atau secara bersepadu bersama jabatan berkepentingan dan jabatan rakan strategik bermula dengan penerimaan aduan, risikan/ intipan/ siasatan awalan dan serbuan (tangkapan, rampasan, sita kawasan, arahan pemberhentian kerja, pembatalan permit dan sebagainya).
  • Memberikan bantuan dan kerjasama kepada Jabatan/ Agensi Negeri yang tidak mempunyai anggota penguatkuasa yang mencukupi bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan.
  • Bahagian Siasatan berperanan Menguruskan Kertas Siasatan (IP) dan menjalankan siasatan bagi setiap operasi penguatkuasaan, reman orang tahanan, merakam percakapan, menguruskan pengesahan sampel, menguruskan barang kes, menguruskan kompaun, menguruskan barangan ekshibit dan pelupusan/ lucut hak.
  • Mengkaji dan menyediakan syor-syor penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan perundangan dan prosedur (SOP) semasa.
  • Bahagian Khidmat Pengurusan pula bertanggungjawab menjalankan serta melaksanakan urusan perkhidmatan, rekod dan cuti kakitangan, menguruskan penerimaan dan pengedaran surat yang diterima, merekodkan pergerakan fail-fail, menguruskan asset dan inventori, menguruskan tuntutan elaun, menguruskan keperluan peralatan dan kelengkapan pejabat.
SEKRETARIAT SUKMA KELANTAN
  • Menyelaraskan tindakan yang melibatkan peranan Majlis Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan bagi tujuan penganjuran SUKMA XXII Kelantan 2026.
  • Bertanggungjawab menyediakan keperluan peralatan dan kelengkapan pertandingan secukupnya semasa temasya SUKMA XXII Kelantan 2026.
  • Memastikan kelengkapan peralatan pertandingan sesuai dan menepati spesifikasi pertandingan.
  • Bertindak sebagai pusat maklumat, perhubungan dan pengantara di peringkat Jawatankuasa Pengelola dan negeri-negeri yang mengambil bahagian.
  • Menaganjurkan kursus atau bengkel kefahaman kepada semua jawatankuasa dan sukarelawan / petugas mengikut bidang masing-masing.
  • Bertanggungjawab membantu Jawatankuasa Promosi dalam menyediakan pakej promosi dan publisiti yang berkesan dengan SUKMA XXII Kelantan 2026.
  • Menentukan venue-venue pertandingan dan hal-hal teknikal disediakan dengan sempurna supaya penganjuran berjalan lancar.

TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN (PENGURUSAN)

  

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM)
  • Menyedia dan memberi perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Negeri yang cekap dan berkesan secara konsisten, profesionalisme, integriti dan teknologi terkini memenuhi kehendak misi dan objektif organisasi serta kehendak pelanggan berlandaskan Islam sebagai ‘Addin’.
  • Seksyen Pembangunan Organisasi berperanan dalam merancang Pembangunan Organisasi Pejabat SUK Negeri Kelantan iaitu mengkaji keperluan perwujudan dan pemansuhan jawatan, penggredan semula jawatan, merancang program aktiviti Pejabat SUK Negeri Kelantan dan Agensi di bawahnya dan mengurus penempatan pegawai / kakitangan, menguruskan pengambilan pegawai / kakitangan dan juga menyelaras serta memantau pelaksaan HRMIS di Jabatan / Agensi Negeri Kelantan.
  • Seksyen Perkhidmatan berperanan menjalankan serta melaksanakan urusan berkaitan perkhidmatan pencen, rekod dan cuti-cuti anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.
  • Seksyen Pengurusan Prestasi dan Kaunseling berperanan melaksanakan dan menguatkuasakan mengenai tindakan tatatertib kepada pegawai/kakitangan yang melanggar peraturan-peraturan Pegawai Awam Perkhidmatan Negeri (Kelakuan dan Tatatertib) 1996 serta melaksanakan urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan pegawai / kakitangan kepada Perkidmatan Awam Negeri Kelantan.
  • Seksyen Pembangunan Sumber Manusia berperanan dalam merancang, mengenalpasti dan menyelaras aktiviti—aktiviti latihan dalam dan luar Negara, membangun kurikulum dan program latihan, merangka kemajuan kerjaya dan menyediakan ‘’succession plaining’’ bagi skim-skim perkhidmatan di pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan merangka pelan operasi latihan jangka pendek dan jangka panjang kepada pegawai / kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.
  • Seksyen Pengurusan pula berperanan menguruskan penerimaan dan pengedaran surat-surat yang diterima serta merekodkan pergerakan fail-fail serta mengurus keperluan peralatan dan kelengkapan dan keselamatan pejabat.
  • Seksyen Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) berperanan sebagai urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Jawatan Berasaskan Caruman (JJBC), menguruskan urusan penempatan dan pertukaran Pegawai Lantikan Jawatan Berasaskan Caruman (JBC), menguruskan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, urusan tatatertib, urusan penamatan perkhidmatan dan urusan kenaikan pangkat Pegawai Lantikan Jawatan Berasaskan Caruman (JBC).
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)
  • Berfungsi sebagai pusat pentadbiran am dan pengurusan kewangan bagi Pejabat SUK Kelantan.
  • Seksyen Pentadbiran berfungsi mengurus pentadbiran am untuk Pejabat SUK antaranya adalah mengurus pemandu dan kenderaan, bertanggungjawab kepada kawalan keselamatan di Kompleks Kota Darulnaim, pengurusan waran perjalanan udara dan urusan surat-menyurat, sistem frangki serta mengurus tadbir aset dan inventori pejabat dengan lebih tersusun dan sistematik serta mengurus Tender Kebersihan Kompleks Kota Darulnaim dan Tender Kantin. Seksyen Pentadbiran juga perlu memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara.
  • Seksyen Protokol pula berperanan menyelaras program serta majlis rasmi kerajaan negeri. Selain itu, mengurus program berkaitan Hari Keputeraan KDYMM Sultan, menyelaras lawatan Diraja serta perwakilan asing dari luar negeri. Seksyen ini juga bertindak memberi bantuan khidmat nasihat berkaitan hal protokol kepada jabatan negeri dan persekutuan.
  • Seksyen Kewangan berperanan mengurus dan memantau hal ehwal kewangan Pejabat SUK Negeri Kelantan dalam semua urusan seperti penyediaan, pengurusan dan pemantauan bajet tahunan, menguruskan bayaran, penyediaan dokumen pesanan tempatan dan inden kerja Seksyen Kewangan juga menyedia emolumen dan elaun tetap kakitangan serta pengemaskinian buku-buku vot dan lain-lain prosedur kewangan supaya pelaksanaannya berlaku dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Seksyen Pengurusan Aset dan Fasiliti bertanggungjawab terhadap pendaftaran, pemeriksaan, penyelenggaraan dan pelupusan aset jabatan. Pengurusan stor Pejabat SUK juga dibawah tanggungjawab seksyen ini. Seksyen ini juga berperanan mengurus penyelenggaraan bangunan dan ruang pejabat.
BAHAGIAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN (MMK)
  • Memastikan urusan Mesyuarat MMK berjalan dengan baik dan segala keputusan yang dibuat disampaikan kepada jabatan / agensi Kerajaan.
  • Memastikan perjalanan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Dewan berjalan dengan baik mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan dan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan serta memastikan Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Dewan dapat diadakan dengan sempurna dan teratur.
  • Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada YB Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.
BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BPTM)
  • Bertanggungjawab dalam perancangan dan pem-bangunan sistem maklumat, perancangan, pembangunan dan pelaksanaan dasar dan perancangan strategik ICT, pengurusan dan pentadbiran ICT dan pengurusan server, pengakalan data dan rangkaian Pejabat SUK Negeri Kelantan.
  • Bertanggungjawab dalam sistem dan pengurusan aplikasi komputer, keselamatan sistem maklumat kerajaan dan pemantauan projek-projek ICT.
  • Bertanggungjawab melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT kepada warga Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.
  • Mengadakan jalinan strategik (Strategic Linkages) ICT dengan agensi pusat seperti MAMPU, MDEC, dan lain-lain.
  • Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan konsultan-si / khidmat nasihat ICT, perkhidmatan RTV Kelantan dan sokongan teknikal ICT kepada bahagaian / Unit Pejabat SUK dan Agensi Kerajaan Negeri Kelantan.
BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT
  • Bertanggungjawab meningkatkan imej Korporat Pejabat SUK Negeri Kelantan
  • Memantau pengurusan Aduan Pelanggan dan Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) semua Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri, Mengurus Khidmat Pelanggan, Hari Bertemu Pelanggan dan Kajian Kepuasan Pelanggan kepada semua agensi dalam Kompleks Kota Darulnaim, Mengurus Pemilihan Warga Contoh dan Pencapaian Piagam Pelanggan Bulanan semua Bahagian Pejabat SUK serta menyelaras urusan sambutan pelawat luar dan dalam negeri ke Kompleks Kota Darulnaim.
  • Bahagian ini juga berperanan membudayakan inovasi bagi Pejabat SUK dan Agensi-agensi Negeri Kelantan serta pelaksanaan ISO Pejabat SUK Kelantan.
  • Bertanggungjawab melakukan promosi pelaksanaan EKSA Pejabat SUK dan Urusetia Induk pelaksanaan EKSA DIY Negeri Kelantan.
  • Merancang, Menyelaras dan Melaksanakan Kursus, Seminar dan Bengkel berkaitan Pengurusan Pelanggan, Kaunter, dan Fotografi.
  • Bertanggungjawab dalam penerbitan Buletin SUK, Laporan Tahunan dan Buku Harian Rasmi Kerajaan Negeri, Khidmat Sistem Siaraya dan Fotografi di samping mengawalselia penggunaan Bilik Mesyuarat dan Dewan utama di Kompleks Kota Darulnaim.
  • Bertanggungjawab menguruskan Perpustakaan Pejabat SUK Kelantan.
KELGOV PPST