
| Ketua Bahagian/Unit | YBrs Tn Hj. Mohd Helmi Bin Mat Zin Pengarah |
| Telefon | 09-7481987 (1204/1203) |
| Faks | 09-7442054 |
| Emel | bahuu[at]kelantan.gov.my |
| Alamat | Bahagian Undang-Undang negeri Kelantan (BAHUU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,Aras 2,Blok 1, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 KOTA BHARU, KELANTAN |
PENGENALAN
Bahagian Undang-Undang pada awalnya ditubuhkan sebagai Unit Perundangan di bawah Bahagian Koordinasi dan Program Khas pasa 1 Julai 2018. Pada Julai 2021, Unit Perundangan telah diasingkan daripada Bahagian Koordinasi dan Program Khas dan dijadikan bahagian baru di bawah selian YB Dato’ Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Bahagian Undang-Undang telah distrukturkan semula dengan mewujudkan 4 unit iaitu Unit Perundangan, Unit Konsultasi, Unit Litigasi dan Unit Pentadbiran.
OBJEKTIF
Menyelaras dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan (PPUUNK) berkenaan pandangan dan penyelidikan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang negeri, penyediaan dan semakan perjanjian yang melibatkan Kerajaan Negeri dan agensi-agensi dibawahnya termasuk badan-badan berkanun negeri dan pengendalian kes-kes sivil di mahkamah.
VISI
Pengurusan Perundangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan yang professional, cekap dan berkualiti.
MISI
Mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bagi melindungi kepentingan Kerajaan Negeri melalui perkhidmatan perundangan yang professional, cekap dan berkualiti.