Bahagian Integriti dan Tadbir Urus

| Ketua Bahagian/Unit |
Nik Khairul Anuar bin Nik yusoff
Pengarah
|
| Telefon | 09-7489957 |
| Faks | 097487957 |
| Emel | bitu[at]kelantan.gov.my / mzakiy[at]kelantan.gov.my |
| Alamat | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Integriti Dan Tadbir Urus , Aras 2, MABNA MBI Blok 8, Kompleks Kota Darulnaim,15503 KOTA BHARU, KELANTAN |
OBJEKTIF
- Objektif penubuhan Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
- Kelantan adalah untuk merancang, menyelaras dan menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah Unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif
- penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus, terancang, efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.
VISI
Peneraju Perkhidmatan Awam yang TERBILANG pada 2020
MISI
Melahirkan Penjawat Awam Yang Bertaraf Dunia
Memperkasakan Sistem Pengurusan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan
MOTO
Organisasi Bertaraf Dunia ( World Class Organization )
FUNGSI TERAS
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
Menyediakan dan memberi perkhidmatan pengurusan sumber manusia dan kewangan bahagian yang cekap dan berkesan secara konsisten, berteraskan profesionalisme, integriti memenuhi kehendak misi dan objektif organisasi serta kehendak pelanggan.
UNIT PENGUKUHAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS
Melaksanakan Program Pengukuhan Integriti dan Tadbir Urus seperti Bengkel/Seminar/Forum/Ceramah dan Melaksanakan Kajian Persepsi Integriti Penjawat Awam Negeri Kelantan. Memastikan Tadbir Urus yang terbaik serta menjadi urusetia kepada mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Negeri Kelantan, serta menjadi urusetia kepada Mesyuarat Pegawai Integriti Jabatan Peringkat Negeri Kelantan serta menjadi urusetia kepada Pembangunan Pelan Antirasuah Negeri Kelantan (OACP/KACP)
UNIT ADUAN DAN SIASATAN
Pengurusan Aduan Integriti dan Tadbir Urus serta membuat siasatan bagi mengesan dan mengesahkan aduan berkaitan Integriti dan Tadbir Urus.
UNIT TATATERTIB DAN PEMATUHAN
Merekodkan kesalahan-kesalahan serta membuat promosi kesalahan tatatertib dan integrity secara dalam talian media sosial seperti facebook/ portal rasmi Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri Kelantan. Melaksanakan pemantauan dan pematuhan penilaian naziran. Melaksanakan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) dan menyediakan pelaporan pengurusan unit integriti agensi (AIMS),SPRM.








