Skip to main content

Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan

Ketua Bahagian
NikRahimin2
Ketua Bahagian/Unit 
YBrs. Nik Rahimin bin Wan Hussin
Pengarah
Telefon 09-7441800 (8501)
Faks       09-7470486
Emel mmk[at]kelantan.gov.my / 
nikrahimin[at]kelantan.gov.my
Alamat  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan ,Aras 3, MABNA MBI Blok 8, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan           
Latar Belakang
Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) mengandungi Unit Urusetia AMMK, Unit Khidmat Pengurusan, Unit Dewan Negeri dan Unit Teknologi Maklumat. Bahagian ini ditempatkan di Aras 5 bangunan MABNA MBI Kota Darulnaim bersama Pejabat YAB Menteri Besar dan YB Timbalan Menteri Besar. Bahagian MMK sebenarnya telah diberi fungsi besar berkaitan keputusan-keputusan kerajaan dan penggubalan undang-undang serta dasar Kerajaan Negeri. Jesteru itu, fungsi dan kecekapan bahagian ini sering kali dinilai mengenai sejauh mana kebijaksanaan dan keberkesanan dasar-dasar yang diwujudkan untuk kepentingan dan kehendak rakyat Negeri Kelantan. Disamping itu juga bahagian ini merupakan satu komponen terpenting dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dimana ia dipertanggungjawabkan mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri dan segala urusan berkaitan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.

MISI

Menjadi sebuah organisasi kerajaan yang mantap, cekap, bermaklumat dan berintegriti berteraskan konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan.

VISI

Berkhidmat kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai urusetia kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan penuh tanggungjawab dan dinamik.


PERANAN(FUNGSI TERAS)

Mengurus dan menyelia Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (Mesyuarat Exco)
  • Penyediaan kertas kerja exco
  • Penyediaan Minit Mesyuarat dan Agenda Mesyuarat Exco
  • Penyediaan Maklumbalas terhadap keputusan excO
  • Bertindak sebagai urusetia kepada Ahli Lembaga Jemaah Pengampunan Negeri Kelantan
  • Bertindak sebagai urusetia kepada Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara
  • Mengurus Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri
  • Mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan
  • Menguruskan tuntutan perjalanan Ahli Dewan Undangan Negeri

Fungsi Bahagian
Bahagian MMK sebenarnya telah diberi fungsi besar berkaitan keputusan-keputusan kerajaan dan penggubalan undang-undang serta dasar Kerajaan Negeri. Jesteru itu, fungsi dan kecekapan bahagian ini sering kali dinilai mengenai sejauh mana kebijaksanaan dan keberkesanan dasar-dasar yang diwujudkan untuk kepentingan dan kehendak rakyat Negeri Kelantan. Disamping itu juga bahagian ini merupakan satu komponen terpenting dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dimana ia dipertanggungjawabkan mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri dan segala urusan berkaitan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.

KELGOV PPST