
| Ketua Bahagian/Unit |
YBrs. En Wan Zulfadhli Syahman Bin Wan Yusof
Pengarah
|
| Telefon | 09-7482560 (1102) |
| Faks | 09-7443411 |
| Emel | wanzul |
| Alamat | Bahagian Pelaburan Kelantan, Blok1, Aras 1 Bawah Kota Darulnaim, 15503 KOTA BHARU, KELANTAN |
Bahagian Pelaburan Kelantan yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pelaburan Negeri di bawah UPEN telah distrukturkan semula pada tahun 2020 menjadi satu Bahagian dalam PentadbiranPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Bahagian Pelaburan Kelantan atau Invest Kelantanberperanan sebagai one-stop centre kepada pelaburan dalam Negeri Kelantan yang menyediakanperkhidmatan:-
Memproses Permohonan Pelaburan
Menguruskan semua permohonan pelaburan di dalam negeri yang melibatkan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Kelantan (PTK) dan tanah milik yang melibatkan pengambilan.
Mempromosi Pelaburan bagi Negeri Kelantan
Mengadakan aktiviti promosi dalam dan luar negara untuk menarik pelaburan-pelaburan baharu ke dalam negeri Khidmat Nasihat dan Pemudah Cara kepada Pelabur
Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaburan dan panduan kepada pelabur-pelabur bagi urusan berkaitan kelulusan dengan agensi terlibat.
Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Gred N52 dibantu oleh dua (2) orang Penolong Pengarah N41 dan seorang (1) Penolong Pegawai Tanah Gred NT29, seorang (1) Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tiga (3) orang Pembantu Tadbir Gred N19 dan seorang (1) Pembantu Operasi Gred N11.