PENGENALAN
Bahagian Perumahan adalah sebahagian daripada organisasi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Bahagian ini bertanggungjawab kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Setiausaha Kerajaan Kelantan dan seterusnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan.
VISI
RAKYAT KELANTAN KHUSUSNYA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH MEMILIKI RUMAH SENDIRI
MISI
- Mengambil langkah-langkah sesuai bagi mempastikan pemohon layak memiliki Rumah Mampu Milik Kelantan.
- Meningkatkan penglibatan Swasta dalam pembinaan Rumah Mampu Milik Kelantan.
MOTO
“SATU RUMAH UNTUK SATU KELUARGA”