Mewujudkan masyarakat yang dinamik dan sejahtera melalui penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkualiti dan berkesan
MISI
Kearah mewujudkan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang cekap dan berkesan untuk melaksanakan tugas-tugas perancangan strategik dan pembangunan berterusan serta perkhidmatan kelas pertama bagi merealisasikan persekitaran hidup yang berkualiti dan mapan.
MOTO
** SAMPAIKAN YANG TERBAIK **
OBJEKTIF JABATAN
Merancang, menganalisa dan menyalurkan bantuan peruntukan kewangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan program-program berbentuk kemudahan infrastruktur dan perkhidamatan sosial secara sistematik dan berintegrasi untuk kesejahteraan rakyat;
Membantu Pihak Berkuasa Tempatan memperkemaskan aspek pengurusan kewangan bagi menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan sebuah organisasi yang berdikari dan berkeupayaan menjana hasil sendiri;
Mengemuka, mengedar dan memantau pelaksanaan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Pihak Berkuasa Tempatan supaya menepati dan selaras dengan hasrat dan tujuan dasar tersebut;
Merangka dan melaksanakan strategi dan program-program bagi mempertingkat dan memperkukuhkan perkhidamatan Pihak Berkuasa Tempatan kearah mewujudkan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang bersih, indah dan selamat;
Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang melibatkan penyusunan semula organisasi pentadbiran seimbang dengan kehendak perkembangan semasa dan selaras dengan matlamat kerajaan Negeri dan Persekutuan;
Membantu merancang, menyelaras dan memantau program dan aktiviti bagi meningkatkan sistem penyampaian (delivery system) di Pihak Berkuasa Tempatan;
Mengendalikan mesyuarat, seminar dan bengkel dan seumpanya yang berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan;
Mengedarkan bahan-bahan bercetak berhubung Latihan Sumber Manusia dan merangka serta melaksanakan program latihan dan pendidikan yang berkaitan dengan perkhidmatan kerja Pihak Berkuasa Tempatan;
Menyelaras dan memantau program Perlaksanaan ICT di Pihak Berkuasa Tempatan supaya selaras dengan matlamat yang disasarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
Membantu merancang dan melaksanakan program dan aktiviti yang member peluang kepada rakyat tempatan melibatkan diri dalam perlaksanaan program pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan;
Pihak Berkuasa Tempatan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan;
Memperkemaskan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih sistematik dan seragam berdasarkan peraturan dan undang-undang yang telus, adil dan kemaskini;
Menyelaras dan mengemukakan laporan-laporan berkaitan dengan program/ aktiviti dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan;
Menganalisa dan membuat perakuan kepada Kerajaan Negeri/ Kerajaan Persekutuan berhubung dengan projek-projek pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan samada dari sumber Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri/ Persekutuan atau melalui usahasama dengan sektor swasta.
Bertanggungjawab menyelaras peranan dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan;
Memainkan peranan untuk mengawasi setiap perkembangan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan termasuk dari segi perluasan kawasan, Bajet Tahunan PBT dan Perlantukan Ahli-ahli Majlis;
Menyalurkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri atau Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan projek-projek serta program pembangunan yang telah diluluskan;
Membuat pemantauan terhadap Pihak BerkuasaTempatan bagi setiap projek dan pembangunan serta pelaksanaan dasar-dasar baru yang telah ditetapkan;
Menjadi agen perantara antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri berhubung apa jua arahan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan;
Bertanggungjawab mengemaskini data-data dan maklumat terkini bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatandi Negeri Kelantan;
Menguruskan perkara-perkara berhubung urusan perjawatan kakitangan pelantikan Ahli-ahli serta Yang DiPertua bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan perubahan semasa;
Menyediakan kertas-kertas mesyuarat Kerajaan Tempatan diperingkat negeri di samping mesyuarat-mesyuarat penyelarasan dan pemantauan bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan;
Menyelaras pelaksanaan garis-garis panduan seragam dan dasar-dasar yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga diperingkat Persekutuan untuk digunapakai oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan;
Menyelaras dan mengemaskini kertas-kertas kerja cadangan yang telah dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi tujuan pertimbangan serta kelulusan;
Memantau, menyelaras, memberi teguran serta khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan di dalam aspek penyediaan Bajet Tahunan PBT;
Mengkaji permohonan dan vibiliti sesuatu projek oleh Pihak Berkuasa Temaptan seterusnya membuat justifikasi ke atas permohonan- permohonan yang telah dikemukakan itu;
Menyelaras kursus-kursus dan seminar di peringkat negeri bagi Pegawai-pegawai dan juga Ahli-Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan;
Bertanggungjawab untuk menganjurkan Pesta Flora sebagai acara tahunan Kerajaan Negeri sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan;
Bertindak sebagai Urusetia kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kelantan;
Urusetia kepada beberapa Jawatankuasa Peringkat Negeri dan Persekutuan.