Skip to main content

Majlis Makan Malam Apresiasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2026

Amanat2026

amanat

amanat

06 Februari 2026/18 Syaaban 1447H : Majlis Makan Malam Apresiasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) Tahun 2026  telah berlangsung di Grand Riverview Hotel Kota Bharu. Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua warga kerja serta pesara Pejabat SUK Kelantan.

Majlis telah disempurnakan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan. Turut hadir adalah YB. Dato’ Penasihat Undang-undang Negeri, YBhg. Dato’ Timbalan SUK (Pembangunan), YBhg. Dato’ Timbalan SUK (Pengurusan), Ketua-ketua bahagian di Kompleks Kota Darulnaim, Ketua-ketua bahagian Pejabat SUK Kelantan dan pegawai serta kakitangan Pejabat SUK Kelantan.

Antara pengisian utama majlis ialah penyampaian Anugerah Warga Contoh (USWAH UMI) Pejabat SUK Kelantan Tahun 2025, penyampaian cenderamata kepada pesara tahun 2025, persembahan oleh bahagian-bahagian serta cabutan bertuah.

Majlis ini mencerminkan komitmen Pejabat SUK Kelantan dalam menghargai sumbangan dan dedikasi warga kerja demi kecemerlangan perkhidmatan awam negeri.

SEO-KELANTAN

splwpk-privacy-policy

KELGOV PPST
Arkib Berita