Skip to main content

Amanat Khas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Tahun Baharu 2026

Amanat2026

amanat

amanat

2 Februari 2026 –Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Bin Tengku Feissal menegaskan bahawa tahun 2026 merupakan tahun pengukuhan iltizam dan keberanian untuk berubah, dengan seluruh penjawat awam negeri digesa memperkukuh integriti, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian serta melaksanakan reformasi perkhidmatan awam secara berkesan.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2026, sambil memaklumkan prestasi kewangan negeri menunjukkan pemulihan positif hasil pengurusan fiskal yang berdisiplin dan berhemah, sekali gus menjadi asas penting pelaksanaan Bajet 2026 yang berteraskan kesejahteraan rakyat dan impak tinggi.

Menurut beliau, keutamaan pentadbiran negeri pada tahun ini merangkumi Reformasi Kerenah Birokrasi, pematuhan kepada perancangan pembangunan negeri, pengukuhan tadbir urus dan integriti, serta pengoptimuman penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam.

Majlis Amanat SUK Tahun 2026 ini telah diadakan di Renai Hotel,Kota Bharu  dan telah dihadiri sama oleh YB.Dato' Penasihat Undang-undang Negeri, YB.Dato' Pegawai Kewangan Negeri, YBhg.Dato'-Dato' Pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua-ketua Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri/Persekutun, Pegawai Tadbir Negeri, Pegawai Tadbir Ugama dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Negeri dan Persekutuan.

Turut diadakan  didalam majlis berkenaan adalah Pelancaran Aplikasi"MyPSM", penyampaian sijil penghargaan KPI HRMIS 100% kepada 48 jabatan/agensi negeri dan penyampaian Sijil penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Penambahbaikan Prosedur Permohonan Pelan Pemajuan di bawah OSC 3.0 Plus kepada MPKB-BRI.

SEO-KELANTAN

splwpk-privacy-policy

KELGOV PPST
Arkib Berita