Skip to main content

Kunjungan Hormat Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia Ke Pejabat SUK

Amanat2026

amanat

amanat

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) diketuai oleh Pengarah Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr Ab Rahman Izani Ghani@Ab Ghani telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan pada hari Ahad, 27 Januari 2026. 

Turut hadir bersama dalam kunjung hormat YBhg Dato’ Pengarah HPUSM adalah timbalan pengarah-timbalan pengarah HPUSM. 

Pertemuan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara HPUSM dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan disamping membincangkan ruang dan peluang menjalinkan Kerjasama strategik. 

Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan YBhg Dato’ YDP Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Satu sesi pembentangan berkenaan Bandar Perubatan Pintar@ Kubang Kerian telah disampaikan oleh pihak HPUSM.

SEO-KELANTAN

splwpk-privacy-policy

KELGOV PPST
Arkib Berita