
YBM Tengku Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Kelantan pada hari Ahad, 27 Januari 2026.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah MOTAC Kelantan Puan Nor Aliza binti Baharuddin, bertujuan mengeratkan perhubungan sedia ada antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan MOTAC melalui jalinan kerjasama berunsurkan pelancongan dan kesenian.