
Puan Halimatusaadiah binti Ramli@Mohd Shah selaku Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Kelantan bersama Pegawai Pendaftaran dan Penolong Pegawai Pendaftaran telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBM Tengku Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan pada hari Ahad, 27 Januari 2026.
Pertemuan tersebut membuka peluang perkongsian berkaitan fungsi JPN Negeri Kelantan dan mengeratkan hubungan antara agensi berkenaan dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.