Skip to main content
utama

Lawatan Inovasi Pejabat SUK Kelantan Ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

29 Oktober 2025 :- Pejabat SUK Kelantan telah mengadakan Lawatan Inovasi ke MBSA,Selangor. Delegasi terdiri daripada 36 peserta daripada 13 jabatan Negeri Kelantan yang merupakan pemenang-pemenang Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025. Lawatan inovasi ini telah disambut mesra oleh YBrs. Puan Wan Suraya binti Sahabaludin, Ketua Seksyen Kualiti Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam,MBSA. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik (best practices) MBSA dalam pelaksanaan inisiatif inovasi dan tadbir urus bandar pintar dan melihat lebih dekat bagaimana...

Continue reading

  • Last updated on .
  • Hits: 36
utama

Kunjungan Hormat Jabatan MAQIS Negeri Kelantan Ke Pejabat SUK

21 Oktober 2025 - Setiausaha Kerajaan Kelantan, YBM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah MAQIS Negeri Kelantan, Tuan Syed Fuad bin Syed Putra, bersama rombongan pegawai kanan jabatan. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan MAQIS dalam aspek kawalan biosekuriti, keselamatan makanan serta pengurusan sempadan negeri. Semoga hubungan erat ini terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

Continue reading

  • Last updated on .
  • Hits: 30
utama

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Kelantan ke Pejabat SUK

14 September 2025 - YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Azmin bin Yusoff, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan yang baharu. Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh integriti dan tadbir urus yang telus di Negeri Kelantan. Kerajaan Negeri amat menghargai usaha berterusan SPRM dalam memerangi rasuah serta menyokong penuh inisiatif ke arah pentadbiran yang bersih dan beramanah. https://www.facebook.com/share/p/1DSXbXxe7t/ 

Continue reading

  • Last updated on .
  • Hits: 52
inovasi

Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025

09 SEPTEMBER 2025/16 RABIULAWAL 1447HKOTA DARULNAIM, 09 September 2025 – Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 telah berjaya diadakan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim dan telah telah dirasmikan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.Seramai 72 Kumpulan dari pelbagai jabatan/agensi negeri yang menyertai pertandingan inovasi bagi tahun 2025 telah menerima penghargaan bagi setiap pencapaian masing-masing. Sebanyak 43 kumpulan bersaing hebat dalam...

Continue reading

  • Last updated on .
  • Hits: 47
awam

Kunjung Hormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Ke Atas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

  16 Julai 2025 – Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Kelantan, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berbahagia Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, di Pejabat KPPA, Putrajaya. Pertemuan selama hampir dua jam ini menjadi platform perbincangan mendalam antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, menyentuh pelbagai isu strategik termasuk penstrukturan semula perjawatan, pembangunan serta penempatan sumber manusia dan penerapan nilai H.E.M.A.T sebagai asas kepada budaya kerja sektor awam yang...

Continue reading

  • Last updated on .
  • Hits: 144
MOSTI

Kunjungan Hormat KSU MOSTI Ke Pejabat SUK Kelantan

YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kunjungan ini turut disertakan dengan pembentangan oleh pihak MOSTI berkenaan konsep pelaksanaan Program MADANI Rakyat (PMR), sebuah inisiatif inklusif yang menyatukan pelbagai agensi kerajaan di bawah satu platform bagi menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat. PMR berteraskan prinsip mendekatkan perkhidmatan kerajaan yang lazimnya tertumpu di peringkat...

Continue reading

  • Last updated on .
  • Hits: 40
KIK

Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (Kik Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025

KOTA DARULNAIM, 03-05 Safar 1447H bersamaan 28 Julai – 30 Julai 2025 telah berlangsungnya Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 (KIK Horizon Baharu) bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Program tersebut merupakan acara tahunan bagi menyokong pembudayaan inovasi Kerajaan Negeri Kelantan bagi kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu dan diurusetiakan oleh Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausahan Kerajaan Negeri Kelantan. Sebanyak 27 jabatan / agensi telah menyertai Majlis Persada Inovasi...

Continue reading

  • Last updated on .
  • Hits: 40
DSC_5425

Program Karnival Bio-Kelantan dan Ekspo Darul Hijau Tahun 2025

Satu Program Karnival Bio Kelantan dan Ekspo Dapur Hijau (BIO-K EDH) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 telah diadakan bermula 29 Mei 2025 hingga 31 Mei 2025 bertempat di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan yang bertemakan “Inovasi Bioteknologi: Memperkasa Pertanian, Mencipta Masa Depan” yang diurus setiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan Bersama Kelantan Biotech Corporation. Program tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 29 Mei 2025 dan ditutup oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri...

Continue reading

  • Last updated on .
  • Hits: 40
KIK%20S%20(1)

Bengkel Pemantapan Dalam Penghasilan Dokumentasi Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025- Siri 2

05 Mei 2025 bersamaan 07 Zulkaedah 1446H, Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim: Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Dalam Penghasilan Dokumentasi Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025- Sesi Semakan Dokumen Siri 2. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada semua peserta dalam penyediaan dokumen KIK yang berkualiti bagi semua Jabatan dan Agensi Negeri yang telah mengesahkan penyertaan ke Majlis Persada Inovasi...

Continue reading

  • Last updated on .
  • Hits: 39
KELGOV PPST
Arkib Berita
RSS