Skip to main content

Sumbangan Zakat Majlis Orang-orang Besar Diraja Kelantan (MOB)

Amanat2026

amanat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

amanat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

02 Ramadhan 1447H/20 Februari 2026 (Jumaat)

Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu: Seramai 100 orang asnaf dari jajahan Kota Bharu telah menerima sumbangan zakat dari Majlis Orang-orang Besar Diraja Kelantan (MOB) yang berlangsung selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Muhammadi. Setiap penerima menerima sumbangan tunai yang disampaikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan selaku Yang Dipertua MOB.

Turut hadir di penyampaian tersebut adalah YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, YBhg Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBhg Dato’ Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB BRI) , YABrs Ketua Jajahan Kota Bharu , YBhg Dato’ Haji Sukri bin Mohamed dan Imam Masjid Jamek Muhammadi.

KELGOV PPST
Arkib Berita