Skip to main content

Penyerahan Bantuan Ramadan Majlis Orang-Orang Besar D’Raja Kelantan (MOB) Kepada 150 Keluarga Asnaf Di Negeri Kelantan

Amanat2026

amanat

amanat

15 Februari 2026 (Ahad) bersamaan 26 Syaaban 1447H – YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan merangkap Yang Dipetua Majlis Orang-Orang Besar D’ Raja Kelantan telah hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan Ramadan MOB di Jajahan Kota Bharu. Majlis ini telah berlangsung secara serentak di seluruh 10 jajahan Negeri Kelantan dan dihadiri oleh ahli-ahli MOB, Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jajahan, PUSANITA Cawangan Negeri Kelantan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.

Seramai 150 orang penerima dikalangan keluarga asnaf dari 10 jajahan telah menerima sumbangan bakul berupa keperluan asas makanan berserta bantuan tunai dari MOB bagi persediaan menghadapi bulan Ramadan tahun ini. Turut sama menyampaikan sumbangan bakul keperluan asas adalah daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan.

Turut hadir ke sesi penyampaian sumbangan ini adalah YB. Dato’ Rosnazli bin Amin, Pegawai Kewangan Negeri di Jajahan Tumpat, YBhg. Dato’ Hj. Ab. Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Jajahan Kota Bharu serta YBhg. Dato’ Hj. Azi Rahimee Bin Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) di Jajahan Pasir Mas.

KELGOV PPST
Arkib Berita