Skip to main content

Majlis Amanat Tahun Baharu Dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan Tahun 2026

Amanat2026

amanat

amanat

KOTA BHARU, 8 Januari 2026 bersamaan 18 Rejab 1447H–Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan Tahun 2026 telah berjaya disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin Bin Hj.Daud, Menteri Besar Kelantan yang berlangsung di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim.

Turut hadir adalah, Timbalan Menteri Besar Kelantan; YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan; YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Hj. Mohd Amar Bin Abdullah, Mantan Menteri Besar Negeri Kelantan; YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Setiausaha Kerajaan Kelantan;YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Bin Tengku Feissal, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Parlimen Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta pegawai dan kakitangan penjawat awam Negeri/Persekutuan.

YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan telah menyempurnakan majlis dengan penyampaian ucapan amanat kepada semua penjawat awam dan majlis turut dimeriahkan dengan pelancaran Dasar Penerangan Negeri Kelantan, Modul Smart Itqan dan Mushaf Darul Naim, selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk memperkukuh tadbir urus dan nilai Islam di Negeri Kelantan.

Dalam majlis yang sama, Anugerah Pengurusan Pentadbiran Berdasarkan Penilaian Naziran Tahun 2025 kepada lima agensi Negeri Kelantan turut disampaikan oleh YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan dan tahniah diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan kerana telah mendapat markah tertinggi bagi tahun 2025.

 

Bahagian Pengurusan Korporat

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

KELGOV PPST
Arkib Berita