Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Kelantan ke Pejabat SUK

14 September 2025 - YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Azmin bin Yusoff, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan yang baharu.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh integriti dan tadbir urus yang telus di Negeri Kelantan. Kerajaan Negeri amat menghargai usaha berterusan SPRM dalam memerangi rasuah serta menyokong penuh inisiatif ke arah pentadbiran yang bersih dan beramanah.
- Last updated on .
- Hits: 55






