Skip to main content

Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Kepada YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan

Amanat2026

amanat

 

15 Februari 2026(Ahad) :

YBhg Dato’ Seri Azman bin Ibrahim,Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr.Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan di Aras 4 Mabna MBI,Kompleks Kota Darulnaim. Hadir bersama adalah YBhg Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) dan YBrs Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya serta pegawai-pegawai Kementerian Kerja Raya. 

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan pengambil alihan tanah dan isu-isu berkaitan lot timbul di negeri Kelantan serta jalinan kerjasama dalam projek yang melibatkan Kementerian Kerja Raya di Kelantan.

Turut sama hadir dalam kunjung hormat tersebut adalah YBhg Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan YBhg Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan.

KELGOV PPST