Skip to main content

JIWA MERDEKA, NEGARA BERDAULAT

merdeka

Merdeka

Merdeka1

KOTA BHARU, 30 Ogos 2026 – Semangat cintakan tanah air terus bergema menerusi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung penuh meriah, bersemangat dan sarat dengan nilai patriotisme.

Majlis yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Nasaruddin Daud, menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat serta warga perkhidmatan awam, pasukan keselamatan dan badan beruniform dalam satu semangat yang sama – menzahirkan kecintaan kepada Malaysia serta memperkukuh perpaduan rakyat.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah peristiwa yang dikenang, tetapi amanah yang perlu dipelihara. Keamanan, kestabilan dan keharmonian yang dinikmati hari ini merupakan tanggungjawab bersama untuk dipertahankan demi generasi akan datang.

Justeru, marilah kita menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh rasa syukur, menyemai semangat cintakan negara dan terus memperkukuh Malaysia yang bersatu, berdaulat dan sejahtera.

MALAYSIA TANAH AIRKU.
MALAYSIA MILIK KITA BERSAMA.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

#HariKebangsaan2026
#HariKebangsaanKelantan
#JiwaMerdeka
#MalaysiaMerdeka
#TeguhBersama
#NegaraBerdaulat

KELGOV PPST