

Buletin, 18 Januari 2026, bersamaan 28 Rejab 1447H, bertempat di Hotel Grand Renai Kota Bharu, Kelantan telah diadakan satu Majlis Taujihat Bersama Jabatan Dan Agensi Berkaitan Portfolio Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Sempena Tahun Baharu 2026 yang diurus setiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.
Dianggarkan lebih 40 agensi kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang terlibat dalam pertanian dan keterjaminan makanan yang hadir serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, Dato’ Shaari Mat Hussain.