analytic

BAHAGIAN KORIDOR INFRASTRUKTUR DAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL
(BKI-GIS)

 
 
    Ketua Bahagian/Unit 
Rosdi bin Ya'acob
Ketua Penolong Setiausaha
Telefon 09 - 748 1957
Faks      09 - 746 1718
Emel bkigis[at]kelantan.gov.my / 
rosdiyaacob[at]kelantan.gov.my 
Alamat  Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Aras Bawah, Blok 4 Kompleks Kota Darulnaim
15503 KOTA BHARU , KELANTAN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali ke 25/2018 yang bersidang pada 19 Disember 2018 telah menimbang dan meluluskan cadangan penubuhan Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial (BKI-GIS) Negeri Kelantan.

Sehubungan dengan itu Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial (BKI-GIS) akan bertindak sebagai satu bahagian yang bertanggungjawab mengurus, mengawal, menyelia dan menyelaras permohonan kelulusan projek-projek sesalur utiliti yang melibatkan pengorekan koridor infrastruktur (bahu jalan) di seluruh Negeri Kelantan.

Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial (BKI-GIS) juga bertanggungjawab menyedia dan membangunkan pusat data geospatial yang komprehensif merangkumi maklumat-maklumat rangkaian utiliti, rangkaian infrastruktur serta pelan-pelan perbandaran Negeri Kelantan. Ia akan melibatkan migrasi data-data I-Plan daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa (Plan Malaysia) data-data pelan utiliti air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), data-data pelan laluan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan data-data pelan daripada operator-operator perkhidmatan telekomunikasi.


OBJEKTIF

  • Merancang dan menyelaras pembangunan koridor  infrastruktur secara bersepadu dan sistematik.
  • Mengawal dan memantau pelaksanaan infrastruktur utiliti oleh semua agensi kerajaan dan swasta demi untuk keselesaan orang awam  dan penjimatan kos penyelenggaraan pada masa hadapan.
  • Menyediakan pangkalan data berkaitan kedudukan utiliti di dalam sistem GIS untuk keseluruhan utiliti negeri Kelantan.
  • Menyumbang  hasil kepada kerajaan negeri melalui caj penyelenggaraan kepada penyedia-penyedia perkhidmatan utiliti dan juga  melalui kutipan bayaran ‘fi-fi’ untuk memproses permohonan - permohonan kelulusan.


VISI

Sebagai peneraju utama yang menjadi teras kepada  perancangan dan pembangunan ruang koridor infrastruktur utiliti di seluruh Negeri Kelantan

 

MISI 

Menjadikan negeri Kelantan sebagai Negeri yang berdaya saing dari segi penyediaan infrastruktur dan pembangunan koridor infrastruktur utiliti secara  terancang, tersusun dan bersistematik.

Image
  1. Menyelaras pembangunan Pangkalan Data Utiliti Sistem Maklumat Geospatial (GIS)
  2. Menyelaras penyediaan dan penyelenggaraan Rangkaian Sesalur Komunikasi Gunasama
  3. Mengurus Koridor Infrastruktur Utiliti yang merangkumi perancangan penempatan utiliti di jalan raya baru (greenfield), penempatan utiliti di jalan raya lama (brownfield) dan   penempatan utiliti  bagi projek pembangunan baru (kawasan perumahan, industri, perdagangan)
  4. Melaksanakan Ketetapan dan Arahan-arahan oleh pihak berkuasa negeri seperti melaksanakan Garis Panduan Pengorekan Jalan yang dirangka oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri dan sebagainya.
  5. Menubuhkan Pusat Sehenti (One Stop Centre) yang berperanan untuk menyelaras permohonan hak akses, menyelaras permohonan permit Pajakan Bawah Tanah, pelaksanaan ‘Underground Detection and Mapping’ dan menyelaras proses antara jabatan kerajaan.
Image

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini1455
Semalam2263
Minggu ini11297
Bulan ini80263
Jumlah320888
13
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 19 March 2024, 03:20:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan