analytic

PERANAN DAN WAWASAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

PERANAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN



Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan merupakan sekretariat kerajaan negeri yang mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan urusan pentadbiran negeri. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai tujuh belas (17) bahagian dan unit sokongan yang terdiri daripada:

  1. Unit Perancang Ekonomi Negeri
  2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  3. Bahagian Khidmat Pengurusan
  4. Bahagian Kerajaan Tempatan 
  5. Bahagian Perumahan 
  6. Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan
  7. Unit Audit Dalam 
  8. Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan Pejabat
  9. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
  10. Bahagian Pengurusan Korporat
  11. Bahagian Integriti dan Tadbir Urus
  12. Bahagian Koordinasi dan Program Khas
  13. Bahagian Koridor dan Insfrastruktur dan Sistem Geospatial
  14. Bahagian Penguatkuasaan
  15. Bahagian Undang-undang
  16. Bahagian Pengurusan Bencana
  17. Bahagian Pelaburan
  18. Bahagian Sekretariat SUKMA

Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan Ketua Pentadbiran Negeri dan juga    bertindak sebagai Ketua Pejabat bagi semua Jabatan/Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan serta dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan.  Justeru itu Jabatan/Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tersebut bukan sahaja bertanggungjawab kepada Kementerian di peringkat pusat tetapi secara tidak langsungnya bertanggungjawab kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebahagian daripada Perkhidmatan Awam.  
 
Ini kerana kedua-dua badan berautonomi ini menerima pakai peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam berkaitan dengan pelantikan, kenaikan pangkat, penamatan perkhidmatan, arahan-arahan pentadbiran, syarat-syarat perkhidmatan dan juga Sistem Saraan yang mana para pegawai dan kakitangan mereka juga menerima pencen dan faedah persaraan sebagaimana yang dinikmati oleh anggota Perkhidmatan Awam. 
 
Antara peranan utama yang dimainkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai sekretariat kerajaan negeri yang mengendalikan hal ehwal pentadbiran negeri adalah:- 

 

  • Peranan sebagai pemimpin dan pelaksana.
  • Peranan sebagai fasilitator, pengawal selia (regulator). 
  • Peranan sebagai penyelaras strategik negeri.
  • Perhubungan dua hala antara pihak kerajaan dan rakyat.
  • Peranan Sebagai Pemimpin dan Pelaksana

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertindak sebagai pemimpin dan pelaksana dalam menerokai bidang-bidang baru bagi menjamin pembangunan yang selaras antara negeri dan pusat yang berterusan dalam mencapai objektif negara.Terutamanya dalam merealisasikan agenda pembangunan sumber manusia dalam menetap dan melaksanakan hala tuju yang strategik bagi melahirkan keperluan modal insan yang diperlukan oleh negara bagi menghadapi daya saing negara dan cabaran global. 
 

Peranan Sebagai Fasilitator, Pengawal Selia (Regulator) 


 
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertindak sebagai fasilitator, pengawal selia (regulator) serta pemudah cara dalam hal-hal pembangunan negeri yang berlandaskan dasar-dasar makro negara supaya negara berdaya saing diperingkat global terutamanya penyediaan modal insan yang berkemahiran, berilmu pengetahuan, mempunyai katahanan diri, proaktif, cekap, efisyen, produktif dan bijak berfikir sesuai dengan keadaan dalam mengatasi cabaran.


 
Peranan Sebagai Penyeleras Strategik Negeri


 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertindak sebagai Penyelaras Strategik yang berberkepentingan kepada Stakeholder dan pelanggan (rakyat) samada pembangunan infrastruktur dan pembangunan modal insan bagi menjamin kemajuan negeri selaras denga kemajuan pusat.
 
Pehubungan Dua Hala Antara Pihak Kerajaan dan Pihak Rakyat

 
Pentadbiran di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menggunakan model “Two Step Flow’. Dimana wujudnya proses maklumbalas di antara pihak kerajaan dan rakyat. Melalui pehubungan dua hala antara pihak kerajaan dan rakyat  akan dapat membantu pihak kerajaan supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pihak rakyat. 

 

 


WAWASAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN

 
Memberi perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia yang cekap dan berkesan secara konsisten, berteraskan profesionalisme, integriti dan teknologi terkini bagi memenuhi kehendak misi dan objektif organisasi serta kehendak pelanggan berteraskan Islam sebagai Ad-din.

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini3575
Semalam4141
Minggu ini24040
Bulan ini77174
Jumlah404397
12
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 25 April 2024, 02:30:53.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan