analytic

PIAGAM PELANGGANPEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN


PEMBANGUNAN

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI KELANTAN
  1. Menyelaras permohonan bagi cadangan-cadangan pembangunan/program daripada agensi-agensi bagi mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Portfolio berkaitan dalam tempoh 4 bulan (3 kali setahun)
  2. Menyediakan kertas-kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dalam tempoh
    14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima


SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN

UNIT AUDIT DALAM
  1. Menjalankan sekurang-kurangnya 5 Auditan Penuhdi Jabatan/Agensi Negeri Kelantan Setahun.
  2. Mengeluarkan deraf laporan awal pemerhatian audit dalam tempoh 7 hari bekerja selesai pengauditan.
  3. Mengeluarkan laporan akhir pemerhatian audit kepada Auditee dalam tempoh 14 hari bekerja selesai pengauditan Exit Conference.
  4. Menjalankan rancangan auditan tahunan kepada Kementerian Kewangan Malaysia sebelum 31 Januari setiap tahun.
  5. Menghantar laporan tahunan Unit Audit Dalam kepada Kementerian Kewangan Malaysia sebelum 31 Mac setiap berikutnya.
  6. Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Negeri (MJKA) sebanyak 4 kali setahun.
  7. Menjalankan Pemantauan Susulan Laporan Ketua Audit Negara (AG’s Dashboard) sebanyak 4 kali setahun.
  8. Menjalankan auditan mengejut (AP309) di 3 buah Jabatan / Agensi Negeri.
  9. Menjalankan naziran terhadap 10 Jabatan / Agensi Negeri setahun


PENGURUSAN

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  1. Urusan peminjaman pegawai berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 tahun 2008 Tempoh Dua (2) Bulan Dari Tarikh Terima Permohonan. (SPO)
  2. Penghantaran Maklumat Jawatan Isi Kosong Ke Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Dengan Kekerapan Setiap Tiga (3) Bulan Sekali. (SPO)
  3. Urusan Pelantikan Kontrak (Contract For Service) Dalam Tempoh 30  Hari Dari Tarikh Kelulusan.  (SPO)
  4. Penyambungan Perkhidmatan Kontrak (Contract for Service) Dilaksanakan Dalam Tempoh Dua (2) Bulan Selepas Permohonan Di Terima. (SPO)
  5. Pendaftaran pegawai baharu dalam aplikasi HRMIS dalam tempoh 30 hari dari tarikh terima surat pelantikan / tarikh Lapor diri. (SPO)
  6. Urusan Persaraan (Pencen) Dan Gantian Cuti Rehat (GCR) Dalam Tempoh 30 Hari Bekerja Dari Tarikh Permohonan Diterima. (SP)
  7. Urusan Tuntutan Sara Ubat Dan Perubatan Dalam Tempoh 30 Hari Bekerja Dari Tarikh Permohonan Diterima. (SP)
  8. Urusan Permohonan Tanggung Kerja Dalam Tempoh 30 Hari Bekerja Dari Tarikh Permohonan Diterima. (SP)
  9. Urusan Permohonan Cuti Anggota Perkhidmatan Awam Negeri (Cuti Sakit Lanjutan/Separuh Gaji / Tanpa Gaji/ Separuh Gaji) Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja Dari Tarikh Permohonan Diterima. (SP)
  10. Mengeluarkan Surat Kebenaran Menghadiri Mesyuarat / Taklimat Luar Negeri Kelantan Dalam Masa 14 Hari Dari Tarikh Kelulusan Diterima Daripada Pejabat YB Dato’ SUK. (SP)
  11. Menyemak Dan Mengesah Penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) Daripada Jabatan Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja Dari Tarikh Penerimaan Dokumen. (SP)
  12. Urusan Kenaikan Pangkat Dalam Tempoh 3 Bulan Daripada Tarikh Permohonan. (SPT)
  13. Urusan Tatatertib Dalam Tempoh 4 Bulan Setelah Dokumen Lengkap Diterima. (SPT)
  14. Memproses permohonan milik tanah kerajaan oleh pegawai awam dalam tempoh 3 bulan. (SPT)
  15. Mengambil Tindakan Terhadap Kes Kaunseling Yang Dirujuk Dalam Masa 7 Hari Dari Kes Diterima Oleh Urusetia. (SPsi)
  16. Pengeluaran Keputusan Program Transformasi Minda Dalam Tempoh 2 Bulan Hari Bekerja. (SPMI)
  17. Memproses Permohonan Pengecualian Program Transformasi Minda Dan Peperiksaan Dalam Tempoh 2 Minggu Hari Bekerja. (SPMI)
  18. Urusan Pelantikan Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Jawatan Berasaskan Caruman (JJBC) Negeri Kelantan. (SJBC)
  19. Urusan Penerimaan Surat Masuk Proses Keseluruhan Mengambil Masa 3 hari. (Unit Pengurusan)

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel suk[at]kelantan.gov.my  
Hari ini1970
Semalam3753
Minggu ini5723
Bulan ini78746
Jumlah1495207
22
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 08 September 2025, 11:30:43.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan