![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
KOTA DARULNAIM, 30 Muharram – 1 dan 2 Safar 1444H bersamaan 28 Ogos – 30 Ogos 2022 telah berlangsungnya Sesi Penilaian bagi Anugerah Inovasi ICT Sektor Awam (AIICT) Negeri Kelantan Tahun 2022 secara telesidang. Program tersebut merupakan acara tahunan bagi menyokong pembudayaan inovasi Kerajaan Negeri Kelantan bagi kategori Anugerah Inovasi ICT Dan Inovasi IR 4.0. Urus Setia bagi AIICT Negeri Kelantan adalah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Pada tahun ini sebanyak 16 projek telah dipertandingkan yang melibatkan 15 jabatan/agensi negeri.
Penilaian AIICT telah dilaksanakan oleh empat (4) orang panel berwibawa yang terdiri daripada YABrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mustafa Man, Pensyarah, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan & Informatik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBrs. Dr. Mohd Kamir Yusof, Pensyarah, Fakulti Informatik & Komputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) (Kampus Tembila), YBrs. Dr. Illy Amalina Ahmad Sabri, Pensyarah, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan & Informatik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan YBrs. Puan Siti Hajar binti Alaf Din, Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat Komputeran dan Informatik Universiti Malaysia Kelantan,
Senarai projek yang dipertandingkan adalah sebagaimana berikut:
BIL |
NAMA JABATAN |
TAJUK PROJEK/INOVASI |
1. |
Majlis Daerah Dabong This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
INTEGRATION SOURCE TOURISM DABONG (e-EISTD) |
2. |
Majlis Daerah Gua Musang This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
SMART FILE SYSTEM (SFS) |
3. |
Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
PTJPM MOBILE (APLIKASI PTJPM) |
4. |
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Sistem Pengurusan Program Pembangunan Sains Dan Teknologi (e-PPST) |
5. |
Perbendaharaan Negeri Kelantan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Sistem Helpdesk iSPEKS |
6. |
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Sistem Pengurusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Sistem 3P) |
7. |
Yayasan Islam Kelantan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Audit Dashboard YIK |
8. |
Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh ptjpp@kelantan.gov.my |
myNotis |
9. |
Majlis Daerah Jeli This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Myej.PPro |
10. |
Majlis Daerah Jeli This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Myej.DSH |
11 |
Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
eTELUS |
12 |
Bahagian Teknologi Maklumat, PKINK This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
Sistem e-Hartanah |
13 |
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Sistem Pengurusan Rawatan Perubatan |
14 |
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
Sistem Laporan Tahunan (e-LT) |
15 |
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Sistem Pendaftaran Surat |
16. |
Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
eNilai@Tumpat |
Buletin, 21 Julai 2022, bersamaan 21 Zulhijjah 1443H, bertempat di Pantai Irama Bachok, Bachok Kelantan telah diadakan satu majlis Perasmian Hari Peladang Penternak Negeri Kelantan (HPPNK) 2022 yang dirasmikan oleh Dato’ Bentara Kanan, Menteri Besar Kelantan. Program ini diadakan bermula 21 Julai 2022 sehingga 25 Julai 2022 yang diurusetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan. Pelbagai Agensi Kerajaan lain turut terlibat bagi menjayakan program HPPNK 2022 ini serta pelbagai aktiviti-aktiviti, pertandingan, dan jualan diadakan sepanjang program berlangsung.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bertetapan dalam keadaan negara memerlukan rakyat bersatu padu dalam berhadapan cabaran pemulihan COVID-19 untuk memastikan negara kita aman, hormoni sebagai sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02UMGWcgzG9nSXC4oghovY3TQgwjet52RiHegcLJ2bZahurexTsz25e2XmA9G94ZQsl&id=100044215370525
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kesudian bersama-sama rakyat Kelantan pada hari ini.
Rakyat Kelantan menyambut baik gagasan Keluarga Malaysia yang digagaskan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Perdana Menteri.
Rakyat Kelantan juga menyambut baik semangat toleransi yang berasaskan konsep Tasamuh dalam Islam sebagai satu elemen penting untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Saya juga yakin, pendekatan Keluarga Malaysia akan memberi limpahan manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kelantan merangkumi aspek pembangunan ekonomi, kesejahteraan hidup dan kemakmuran masyarakat.
Ucapan terima kasih kepada semua tetamu khususnya YB Tan Sri Dato’ Sri TPr Panglima Hj Annuar Musa yang menjadi Kementerian peneraju Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Kelantan termasuk Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara, Anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri, Pimpinan Tertinggi Pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri yang sudi hadir ke Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kelantan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0jmN7GvPV2notVZtadnVnVcPbao83dQ6ycNUyJ6WQPFJyF6AL3JHNhUmo883FLdknl&id=100044215370525
![]() |
![]() |
KOTA BHARU - 4 Muharram 1444H / 2 Ogos 2022 - YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah mengisytiharkan bahawa KDYMM Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul Naim telah mengadakan Pangkat Kemuliaan DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH KELANTAN yang dinamakan dalam bahasa Inggeris sebagai “Her Highness Sultanah of Kelantan” dan YANG TERAMAT MULIA CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN yang dinamakan dalam bahasa Inggeris sebagai “Her Highness Che Puan Mahkota of Kelantan”.
KDYMM Sultan Muhammad V juga telah mengampuni perkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH KELANTAN dengan gelaran:-
DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH NUR DIANA PETRA ABDULLAH
Sultanah Kelantan
Baginda juga telah mengampuni perkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan YANG TERAMAT MULIA CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN kehadapan YBhg. Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dengan gelaran:-
YANG TERAMAT MULIA CHE PUAN SOFIE LOUISE JOHANSSON PETRA
Che Puan Mahkota Kelantan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Alhamdulillah, pada hari ini saya telah mengadakan Lawatan Kerja Ke Kuala Krai sempena Majlis "Jjupo Mato" Menteri Besar Peringkat Jajahan Kuala Krai.
Pada sebelah pagi saya telah hadir ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai dan diberi taklimat mengenai perancangan pembangunan Jajahan Kuala Krai. Jajahan Kuala Krai mempunyai potensi besar khususnya dalam eko pelancongan dengan tarikan pelbagai keunikan alam semulajadi. Turut sama YB Dato' Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pimpinan setempat.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02ML25nbBfs4ex2JibycBk87oF49BfB1wbi7XeyfmjTE5UHdnyLhBkpLFboei4pYbNl&id=10004421537052
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KOTA BHARU, 29 Zulhijah 1443H/29 Julai 2022- YTM Tengku Mahkota Kelantan berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun 1443H dan Awal Tahun 1444H serta Majlis Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1444H/2022M bertempat di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
YTM Tuanku juga berkenan mengurniakan hadiah kepada Tokoh Hijratul Rasul 1444H kepada YBhg DR. Haji Mohd Zain bin Mahmood.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02EKKbf6C4TXn22coySfPqTRoY5dZqMhWcAvLFXQapqmRKYtTDDbetUftRKpHSQuVtl&id=100044215370525
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, |
|
Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), |
|
![]() |
09 748 1957 |
![]() |
09 747 7105 |
![]() |
portal[at]kelantan.gov.my |