analytic

Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kelantan.

 

 

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kesudian bersama-sama rakyat Kelantan pada hari ini.

Rakyat Kelantan menyambut baik gagasan Keluarga Malaysia yang digagaskan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Perdana Menteri.

Rakyat Kelantan juga menyambut baik semangat toleransi yang berasaskan konsep Tasamuh dalam Islam sebagai satu elemen penting untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Saya juga yakin, pendekatan Keluarga Malaysia akan memberi limpahan manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kelantan merangkumi aspek pembangunan ekonomi, kesejahteraan hidup dan kemakmuran masyarakat.

Ucapan terima kasih kepada semua tetamu khususnya YB Tan Sri Dato’ Sri TPr Panglima Hj Annuar Musa yang menjadi Kementerian peneraju Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Kelantan termasuk Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara, Anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri, Pimpinan Tertinggi Pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri yang sudi hadir ke Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kelantan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0jmN7GvPV2notVZtadnVnVcPbao83dQ6ycNUyJ6WQPFJyF6AL3JHNhUmo883FLdknl&id=100044215370525

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini183
Semalam2854
Minggu ini14557
Bulan ini46415
Jumlah373638
7
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Friday, 05 April 2024, 12:00:20.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan