analytic

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

 
 
  Ketua Bahagian/Unit  YBrs. En. Mohd Ali Maghpur bin Muhammad
Pengarah (N44 (KUP))
Telefon 09-7481957 (3401/3403/3404/3405)
Faks      Tiada
Emel bpnk[at]kelantan.gov.my / 
alimaghpur[at]kelantan.gov.my
Alamat  Bahagian Penguatkuasaan Negeri Kelantan,
Pejabat Operasi,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
15503 KOTA BHARU, KELANTAN     
                            

Pengenalan

Bahagian Penguatkuasaan Negeri Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk memperkasakan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan semua kesalahan mengikut perundangan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

Bahagian Penguatkuasaan Negeri Kelantan diterajui oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah, seorang Ketua Penolong Pengarah, empat orang Penolong Pengarah, seorang Pegawai Pemelihara Hutan dan seorang Jurutera.

Wawasan Bahagian Penguatkuasaan Negeri Kelantan adalah untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan di dalam Negeri Kelantan secara teratur, cekap, cepat dan berkesan dengan berpaksikan undang-undang, akta, kanun, dasar, enakmen, peraturan, kaedah, garis panduan serta prosedur kerja standard yang berkuatkuasa dalam memenuhi kehendak, misi dan objektif organisasi selaras dengan kehendak pelanggan berteraskan Islam.

 

Visi

Ke arah pengurusan penguatkuasaan yang komprehensif di Negeri Kelantan.

 

Misi                                                                                                                            

Komited dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan demi kesejahteraan dan kelestarian pembangunan Negeri Kelantan.


Objektif                                                                                                         

Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Enakmen-Enakmen Negeri Kelantan dan Akta-Akta Persekutuan yang mana tertakluk di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

Melindungi dan menjaga kepentingan harta, mencegah kehilangan dan ketirisan sumber hasil Pihak Berkuasa Negeri.

Melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang teratur, cekap, cepat dan berkesan berdasarkan sumber kuasa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Image
FUNGSI BAHAGIAN
  1. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang dengan teratur, cekap, cepat dan berkesan.
  2. Melaksanakan risikan maklumat pelanggaran kesalahan dan membina jaringan maklumat.
  3. Melaksanakan tindakan serbuan secara terancang dan teratur.
  4. Melaksanakan operasi secara bersepadu bersama-sama jabatan berkepentingan dan jabatan rakan strategik.
  5. Membuka kertas siasatan bagi setiap operasi penguatkuasaan.
  6. Pengurusan kompaun.
  7. Pengurusan barang ekshibit dan pelupusan/ lucuthak.
  8. Mengkaji dan menyediakan syor penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan perundangan dan prosedur (SOP) semasa.

FUNGSI TERAS

Bahagian Penguatkuasaan Negeri Kelantan berfungsi sebagai pusat operasi penguatkuasaan secara am bagi Negeri Kelantan yang menyelaraskan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan ke atas semua kesalahan mengikut perundangan yang berkuatkuasa sama ada dasar, kanun, akta, enakmen, undang-undang, peraturan, kaedah serta garis panduan yang terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Secara ringkasnya, Bahagian Penguatkuasaan Negeri Kelantan terbahagi kepada tiga (3) bahagian utama iaitu Bahagian Operasi, Bahagian Siasatan dan Bahagian Khidmat Pengurusan.

Bahagian Operasi dibahagikan kepada dua(2) seksyen iaitu Seksyen 1 (Seksyen Hutan, Air Dan Tanah) dan Seksyen 2 (Seksyen Lain - perkhidmatan veterinar, perikanan, alam sekitar, kawalan hiburan dan lain-lain kuasa baki di bawah Perlembagaan Persekutuan). Bahagian Operasi berfungsi merancang, menyelaras dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan sama ada secara dalaman atau secara bersepadu bersama jabatan berkepentingan dan jabatan rakan strategik bermula dengan penerimaan aduan, risikan/ intipan/ siasatan awalan dan serbuan (tangkapan, rampasan, sita kawasan, arahan pemberhentian kerja, pembatalan permit dan sebagainya). Bahagian Operasi juga berfungsi untuk memberikan bantuan dan kerjasama kepada Jabatan/ Agensi Negeri yang tidak mempunyai anggota penguatkuasa yang mencukupi bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

Bahagian Siasatan berfungsi untuk menguruskan Kertas Siasatan (IP) dan menjalankan siasatan bagi setiap operasi penguatkuasaan, reman orang tahanan, merakam percakapan, menguruskan pengesahan sampel, menguruskan barang kes, menguruskan kompaun, menguruskan barangan ekshibit dan pelupusan/ lucuthak. Bahagian Siasatan juga berperanan mengkaji dan menyediakan syor-syor penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan perundangan dan prosedur (SOP) semasa.

Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab bagi menjalankan serta melaksanakan urusan perkhidmatan, rekod dan cuti kakitangan, menguruskan penerimaan dan pengedaran surat yang diterima, merekodkan pergerakan fail-fail, menguruskan aset dan inventori, menguruskan tuntutan elaun serta menguruskan keperluan peralatan dan kelengkapan pejabat.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini2036
Semalam2854
Minggu ini16410
Bulan ini48268
Jumlah375491
11
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Friday, 05 April 2024, 12:00:20.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan