analytic

BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 
 
  Ketua Bahagian/Unit  En. Nik Rahimin bin Wan Hussin
Pengarah
Telefon 09-7481957 (6131)
Faks       09-7430504
Emel bptm[at]kelantan.gov.my / 
nikrahimin[at]kelantan.gov.my
Alamat  Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,Aras 1,Blok 6, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 KOTA BHARU, KELANTAN     
                            

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat sebelum ini dikenali sebagai Pusat Maklumat Negeri yang telah ditubuhkan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan kali ke 13/95 yang bersidang pada 2 Ogos 1995 dan diletakkan di bawah Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). 

Walau bagaimanapun setelah penstrukturan semula organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan melalui Surat Kelulusan Perjawatan Bil. N 120 Tahun 2007 oleh Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat telah diletakkan di bawah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2007.  

Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah yang mulai diisi pada 1 Februari 2009. Di bawah Bahagian ini terdapat dua (2) unit iaitu Unit Pembangunan dan Unit Operasi. Unit Pembangunan diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48 dan mulai diisi pada 28 Oktober 2008 manakala Unit Operasi diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44 dan pengisian telah dibuat pada 01 Julai 2014.

 

VISI

ICT Peneraju Transformasi Penyampaian Perkhidmatan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri

 

MISI

Memperkukuhkan ICT secara holistik bagi memantapkan kualiti perkhidmatanyang dinamik dan inovatif.

Secara ringkasnya, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat bertanggungjawab dalam perancangan dan pembangunan Sistem Maklumat, Pengurusan dan Pentadbiran ICT dan Pengurusan  Server , Pengkalan Data dan Rangkaian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam Pengurusan Sistem dan Aplikasi Komputer, Keselamatan Sistem Maklumat Kerajaan dan Pemantauan Projek-projek ICT. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab melaksanakan program latihan dan Pembudayaan ICT bagi warga perkhidmatan awam Negeri Kelantan. Mengadakan jalinan strategik ( Strategik Linkages ) ICT dengan Agensi Pusat seperti MAMPU, MDEC dan lain-lain lagi juga menjadi sebahagian tanggungjawab bahagian ini. Selain itu juga, Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan Konsultansi, Khidmat Nasihat ICT,Perkhidmdtan RTV Kelantan dan sokongan Teknikal ICT kepada Bahagian/unit Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri Kelantan.
Image

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini79
Semalam2854
Minggu ini14453
Bulan ini46311
Jumlah373534
9
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Friday, 05 April 2024, 12:00:20.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan