analytic

PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN NEGERI KELANTAN

 
nikshazzwan Ketua Bahagian/Unit 
YBrs  Nik Ahmad Shazzwan Bin Nek Mumhammad
Ketua Penolong Setiausaha 
Telefon 09-7485534/09-7486652
Faks      09-7486652
Emel tic@kelantan.gov.my
Alamat  Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan(TIC),
Jalan Sultan Ibrahim, 15150 KOTA BHARU, KELANTAN
Bahagian Pelancongan & Kebudayaan turut dikenali sebagai Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Ianya telah ditubuhkan secara rasmi pada Januari 1995. Pentadbiran ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu. TIC diketuai seorang Ketua Penolong Setiausaha Gred N48 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. TIC bertanggungjawab pada dua perkara iaitu pelancongan dan kebudayaan Negeri Kelantan
 
VISI
Menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri tarikan pelancongan yang berkesan dengan memberi penumpuan khusus kepada industri pelancongan kebudayaan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan sosio-ekonomi bagi rakyat negeri Kelantan selaras dengan gelaran sebagai gedung budaya.

MISI 
Merangka, merancang, menyusun dan menganjurkan program-program yang berkesan untuk menarik seramai mungkin pelancong domestik dan antarabangsa melalui pakej pelancongan, persembahan permainan tradisional dan seni budaya negeri Kelantan secara berterusan sepanjang tahun.
  • Untuk menarik kedatangan pelancong ke Kelantan dengan sasaran lebih 4.8 juta orang setahun;
  • Menggalakkan agar setiap pelancong menghabiskan masa lebih lama di Kelantan sekurang-kurangnya seminggu dan memastikan agar peningkatan pelancong ke Kelantan meningkat dengan anggaran paling minima 20% dalam masa 10 tahun akan datang;
  • Mengharapkan pelancong-pelancong yang pernah ke Kelantan akan datang lagi dalam masa maksima 5 tahun;
  • Memastikan identiti dan kebudayaan melayu harus dikekalkan dan diperindahkan agar ianya dapat diminati oleh pelancong yang datang.

Image

1. Am
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan , Kerajaan Negeri Kelantan. Juga bertanggungjawab pada Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam perkara berkaitan kebudayaan dan pelancongan.


2. Pelancongan

Meningkatkan kehadiran pelancong  dalam dan luar negara ke Negeri Kelantan. Sasaran tahunan adalah seramai 4.8 juta orang pelancong. Menjadikan Kelantan satu destinasi unik pilihan pelancong dengan memfokuskan kepada variasi budaya masyarakat tempatan dari segi cara hidup, makanan, permainan tradisi, keugamaan dan keindahan alam. 

3. Kebudayaan

Menghidupkan, menyuburkan dan mempopularkan kebudayaan rakyat Kelantan agar tidak hilang dan terus kekal diwarisi oleh generasi kini. Menyediakan pewaris pada pengamal kebudayaan Kelantan. Menjadikan kebudayaan Melayu sebagai tarikan utama pelancong ke Negeri Kelantan.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini3026
Semalam3363
Minggu ini10402
Bulan ini63536
Jumlah390759
16
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 23 April 2024, 04:38:08.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan