analytic

BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN

 

Ketua Bahagian/Unit 
Mohd Kamaruddin Bin Omar (N52)  
 Pengarah (N52 KUP)  
Telefon 09-7434467
Faks      09-7473293
Emel  bhgkt[at]kelantan.gov.my
Alamat  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,  Bahagian Kerajaan Tempatan,   Aras Bawah, Blok 2 Kota Darulnaim, 15503 KOTA BHARU, KELANTAN

VISI

Mewujudkan masyarakat yang dinamik dan sejahtera melalui penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkualiti dan berkesan

 

MISI

Kearah mewujudkan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang cekap dan berkesan untuk melaksanakan tugas-tugas perancangan strategik dan pembangunan berterusan serta perkhidmatan kelas pertama bagi merealisasikan persekitaran hidup yang berkualiti dan mapan.

 

MOTO

** SAMPAIKAN YANG TERBAIK **

OBJEKTIF JABATAN

  1. Merancang, menganalisa dan menyalurkan bantuan peruntukan kewangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan program-program berbentuk kemudahan infrastruktur dan perkhidamatan sosial secara sistematik dan berintegrasi untuk kesejahteraan rakyat;
  1. Membantu Pihak Berkuasa Tempatan memperkemaskan aspek pengurusan kewangan bagi menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan sebuah organisasi yang berdikari dan berkeupayaan menjana hasil sendiri;
  1. Mengemuka, mengedar dan memantau pelaksanaan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Pihak Berkuasa Tempatan supaya menepati dan selaras dengan hasrat dan tujuan dasar tersebut;
  1. Merangka dan melaksanakan strategi dan program-program bagi mempertingkat dan memperkukuhkan perkhidamatan Pihak Berkuasa Tempatan kearah mewujudkan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang bersih, indah dan selamat;
  1. Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang melibatkan penyusunan semula organisasi pentadbiran seimbang dengan kehendak perkembangan semasa dan selaras dengan matlamat kerajaan Negeri dan Persekutuan;
  1. Membantu merancang, menyelaras dan memantau program dan aktiviti bagi meningkatkan sistem penyampaian (delivery system) di Pihak Berkuasa Tempatan;
  1. Mengendalikan mesyuarat, seminar dan bengkel dan seumpanya yang berkaitan dengan pentadbiran dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan;
  1. Mengedarkan bahan-bahan bercetak berhubung Latihan Sumber Manusia dan merangka serta melaksanakan program latihan dan pendidikan yang berkaitan dengan perkhidmatan kerja Pihak Berkuasa Tempatan;
  1. Menyelaras dan memantau program Perlaksanaan ICT di Pihak Berkuasa Tempatan supaya selaras dengan matlamat yang disasarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
  1. Membantu merancang dan melaksanakan program dan aktiviti yang member peluang kepada rakyat tempatan melibatkan diri dalam perlaksanaan program pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan;
  1. Pihak Berkuasa Tempatan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan;
  1. Memperkemaskan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih sistematik dan seragam berdasarkan peraturan dan undang-undang yang telus, adil dan kemaskini;
  1. Menyelaras dan mengemukakan laporan-laporan berkaitan dengan program/ aktiviti dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan;
  1. Menganalisa dan membuat perakuan kepada Kerajaan Negeri/ Kerajaan Persekutuan berhubung dengan projek-projek pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan samada dari sumber Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri/ Persekutuan atau melalui usahasama dengan sektor swasta.
Image

 

  1. Bertanggungjawab menyelaras peranan dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan;
  1. Memainkan peranan untuk mengawasi setiap perkembangan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan termasuk dari segi perluasan kawasan, Bajet Tahunan PBT dan Perlantukan Ahli-ahli Majlis;
  1. Menyalurkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri atau Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan projek-projek serta program pembangunan yang telah diluluskan;
  1. Membuat pemantauan terhadap Pihak BerkuasaTempatan bagi setiap projek dan pembangunan serta pelaksanaan dasar-dasar baru yang telah ditetapkan;
  1. Menjadi agen perantara antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri berhubung apa jua arahan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan;
  1. Bertanggungjawab mengemaskini data-data dan maklumat terkini bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatandi Negeri Kelantan;
  1. Menguruskan perkara-perkara berhubung urusan perjawatan kakitangan pelantikan Ahli-ahli serta Yang DiPertua bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan perubahan semasa;
  1. Menyediakan kertas-kertas mesyuarat Kerajaan Tempatan diperingkat negeri di samping mesyuarat-mesyuarat penyelarasan dan pemantauan bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan;
  1. Menyelaras pelaksanaan garis-garis panduan seragam dan dasar-dasar yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga diperingkat Persekutuan untuk digunapakai oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan;
  1. Menyelaras dan mengemaskini kertas-kertas kerja cadangan yang telah dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi tujuan pertimbangan serta kelulusan;
  1. Memantau, menyelaras, memberi teguran serta khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan di dalam aspek penyediaan Bajet Tahunan PBT;
  1. Mengkaji permohonan dan vibiliti sesuatu projek oleh Pihak Berkuasa Temaptan seterusnya membuat justifikasi ke atas permohonan- permohonan yang telah dikemukakan itu;
  1. Menyelaras kursus-kursus dan seminar di peringkat negeri bagi Pegawai-pegawai dan juga Ahli-Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan;
  1. Bertanggungjawab untuk menganjurkan Pesta Flora sebagai acara tahunan Kerajaan Negeri sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan;
  1. Bertindak sebagai Urusetia kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kelantan;
  1. Urusetia kepada beberapa Jawatankuasa Peringkat Negeri dan Persekutuan.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini766
Semalam4141
Minggu ini21231
Bulan ini74365
Jumlah401588
7
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 25 April 2024, 02:30:53.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan