BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
- Ketua Bahagian
- Latar Belakang
- Carta Organisasi
- Fungsi Bahagian
- Piagam Pelanggan
![]() |
Ketua Bahagian/Unit |
Nik Khairul Anuar bin Nik Yusoff
Pengarah
|
Telefon | 09-7484367(8301) | |
Faks | 09-7443164/09-7436000 | |
Emel | bhgkp[at]kelantan.gov.my | |
Alamat | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Khidmat Pengurusan , Kota Darulnaim, 15503 KOTA BHARU, KELANTAN |
LATAR BELAKANG
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah salah satu bahagian di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan. Bahagian ini terbahagi kepada 4 seksyen utama iaitu :
- Seksyen Protokol
- Seksyen Kewangan
- Seksyen Pentadbiran Am
- Seksyen Pengurusan Bangunan dan Aset
Bahagian Khidmat Pengurusan ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha (Gred N52), dibantu oleh Penolong Setiausaha Kewangan ( Gred N48),Penolong Setiausaha Protokol (Gred N48), Penolong Setiausaha Protokol II ( Gred 41), Penolong Setiausaha Pentadbiran (Gred N44), Penolong Setiausaha (Pengurusan Bangunan & Aset) ( Gred-N41), Penolong Akauntan (Gred W27) dan disokong oleh 120 kakitangan lain.
VISI
"Pentadbiran yang cekap, bersih dan amanah berlandaskan Islam sebagai Ad-Din."
MISI
"Menjadikan Pentadbiran Negeri Kelantan sebagai satu perkhidmatan yang unggul berteraskan profesionalisma, integriti dan teknologi terkini"

Carta Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Pengurusan
Bahagian Protokol
Bahagian Kewangan
Bahagian Aset
Bahagian Pemandu
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Pengurusan
Bahagian Protokol
Bahagian Kewangan
Bahagian Aset
Bahagian Pemandu
FUNGSI BAHAGIAN :
Bahagian Khidmat Pengurusan ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran am dan pengurusan kewangan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan. Selain itu bahagian ini juga mempunyai fungsi-fungsi utama lain seperti:
- Bertanggungjawab mengurus hal ehwal protokol kepada tetamu Kerajaan Negeri serta menyelia dan memantau kelancaran perjalanan Majlis-majlis Rasmi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
- Mengatur Majlis Rasmi Negeri dan Persekutuan seperti majlis penghadapan Pegawai-pegawai negeri/ persekutuan dengan pihak istana.
- Mengurus, menyelia dan memantau penyelenggaraan bangunan, kenderaan dan semua harta kerajaan
- Mengurus proses-proses pelupusan aset-aset Kerajaan
- Mengurus dan memantau urusan kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam semua urusan seperti penyediaan dokumen Pesanan Tempatan dan Inden Kerja, bayaran gaji dan elaun, penyediaan baucer bayaran, pengemaskinian buku-buku vot dan lain-lain supaya perlaksanaannya berlaku dalam tempoh yang ditetapkan.
