analytic

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

 
  Ketua Bahagian/Unit 
YBrs En. Hj Mohd Zaki bin Yusoff
 Pengarah ( N52)
Telefon 09-7485826 (2214)
Faks      09-7470890
Emel bpsm[at]kelantan.gov.my
Alamat  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Aras 1, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,15503 KOTA BHARU, KELANTAN

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang memainkan peranan penting dalam menguruskan sumber manusia termasuk pembangunan modal insan dan perkhidmatan awam Negeri Kelantan.

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia  diterajui oleh seorang Pengarah Gred N54 dengan dibantu oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Gred N48 dan 3 orang Penolong Pengarah Gred N44.

 

Wawasan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia  adalah unruk memberikan Pengurusan Sumber Manusia  yang cekap dan berkesan secara konsisten, berteraskan profesionalisme, intergriti dan teknologi terkini bagi memenuhi kehendak misi dan objektif organisasi serta kehendak pelanggan berteraskan Islam sebagai Ad-din.

 

VISI

Peneraju Pentadbiran Dan Perkhidmatan Yang Cemerlang.

 

MISI

Melahirkan Penjawat Awam Negeri Yang Mempunyai Minda Dan Budaya Kerja Kelas Pertama.

 

OBJEKTIF

Menyediakan dan memberi perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awan Negeri yang cekap dan berkesan secara konsisten, berteraskan profesionlisme, integrity dan teknologi terkini memenuhi kehendak misi dan objektif organisasi serta kehendak pelanggan berteraskan Islam sebagai Addin.

FUNGSI TERAS

Secara ringkasnya, Bahagian Pegurusan Sumber Manusia menyedia dan memberi perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Negeri yang cekap dan berkesan secara konsisten, berteraskan profesionalisme, integriti dan teknologi terkini memenuhi kehendak misi dan objektif organisasi serta kehendak pelanggan berlandaskan Islam sebagai Addin.

Unit Pembangunan Organisasi diseliakan oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Sumber Manusia) Gred N48 dengan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N36 di samping seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 dan tiga (3) orang Pembantu Tadbir Gred N19. Unit ini berperanan dalam merancang Pembangunan Organisasi Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan iaitu mengkaji keperluan perwujudan dan pemansuhan jawatan, penggredan semula jawatan, merancang program dan aktiviti Pejabat Setiausaha Kelantan dan agensi di bawahnya dan mengurus penempatan pegawai/kakitangan, menguruskan pengambilan pegawai/kakitangan dan juga menyelaras serta memantau pelaksanaan HRMIS di jabatan/agensi Negeri Kelantan.

Unit Perkhidmatan diseliakan oleh seorang Penolong Pengarah (Perkhidmatan) Gred N44 dengan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N32, sepuluh (10) orang Pembantu Tadbir N19 dan dan seorang Pembantu Operasi Gred N11 . Bertanggungjawab bagi menjalankan serta melaksanakan urusan berkaitan perkhidmatan, pencen, rekod dan cuti-cuti anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.

Unit Prestasi dan Kaunseling diseliakan oleh seorang Penolong Pengarah (Prestasi Dan Kaunseling) Gred N44 yang juga dibantu oleh seorang Pegawai Psikologi (Kontrak) Gred N41 dan seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 di samping tiga (3) orang Pembantu Tadbir Gred N19 dan dan seorang Pembantu Operasi Gred N11. Berperanan dalam melaksanakan dan menguatkuasakan mengenai tindakan tatatertib kepada pegawai/kakitangan yang melanggar peraturan-peraturan Pegawai Awam Perkhidmatan Awam Negeri (Kelakuan dan Tatatertib) 1996 serta melaksanakan urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan pegawai/kakitangan kepada Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.

Unit Latihan dan Kompetensi diseliakan oleh seorang Penolong Pengarah (Latihan Dan Kompetensi) Gred N44 yang juga dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 dan seorang Ketua Pembantu Tadbir Gred N22  di samping lima (5) orang Pembantu Tadbir N19 dan seorang Pembantu Operasi Gred N11.  Berperanan dalam merancang, mengenalpasti dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan dalam dan luar negara, membangun kurikulum dan program latihan, merangka kemajuan kerjaya dan menyediakan ‘succession planning’ bagi skim-skim perkhidmatan di pentadbiran Kerajaan Negeri dan merangka pelan operasi  latihan jangka pendek dan jangka panjang kepada pegawai/kakitangan kepada Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.

Unit Pengurusan pula diseliakan oleh seorang Pembantu Pejabat Gred N26 dan dibantu oleh seorang Setiausaha Pejabat Gred N19, tiga (3) orang Pembantu Tadbir Gred N19 serta dua (2) orang Pembantu Operasi Gred N11. Unit ini berperanan menguruskan penerimaan dan pengedaran surat-surat yang diterima serta merekodkan pergerakan fail-fail. Unit ini juga berperanan menguruskan keperluan peralatan dan kelengkapan pejabat bagi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta menjaga keselamatan pejabat.

Image
Image
Image
Image

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini2313
Semalam2854
Minggu ini16687
Bulan ini48545
Jumlah375768
12
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Friday, 05 April 2024, 12:00:20.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan