analytic

BAHAGIAN PENGURUSAN BENCANA

 

  Ketua Bahagian/Unit 
En Nik Mohamed Noor Bin Nik Ishak
Pengarah
Telefon 09-7481957 (samb 1006)
Faks      09-7422054
Emel  bpbn[at]kelantan.gov.my
Alamat  PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Bahagian Pengurusan Bencana, Blok1, Aras Bawah Kota Darulnaim,15503 KOTA BHARU, KELANTAN
LATAR BELAKANG

Bahagian Pengurusan Bencana telah ditubuhkan pada 11 April 2021. Bahagian ini terletak di Blok 1, Aras Bawah Kompleks Kota Darulnaim. Bahagian ini ditugaskan untuk membantu dan menyelaraskan gerak kerja, pengurusan, pemantauan dan pengendalian, bantuan melibatkan kejadian bencana di Negeri Kelantan. Selain itu, Bahagian ini juga turut menyelaras usaha-usaha kawalan, pemantauan, penguatkuasaan dan pemulihan sebagaimana yang diarahkan oleh setiausaha kerajaan negeri. Bahagian Pengurusan Bencana dipangku oleh Pengarah Gred (N52), Penolong Pengarah Gred (N41), 1 orang Penolong Pegawai Tadbir Gred (N29), 3 orang Pembantu Tadbir Gred (N19) serta seorang Pemandu Gred (H11).


OBJEKTIF

  • Membantu dan Menyelaraskan Gerak Kerja, Pengurusan, Pematauan dan Pengendalian, Bantuan Melibatkan Kejadian Bencana Di Negeri Kelantan.
  • Menyelaras Usaha-Usaha Kawalan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pemulihan Sebagaimana yang Diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

VISI

  • Unit Peneraju Pengurusan Kesiapsiagaan Bencana Negeri

 

MISI

  • Memastikan Keselamatan Rakyat dan Kesejahteraan Negeri Melalui Kerjasama Pelbagai Pihak Sebagai Satu Pasukan Untuk Membina Serta Meningkatkan Keupayaan dan Kesiapsiagaan dalam Pengurusan Bencana.

 

Image

 

  • Sebagaimana yang digariskan dalam Arahan No. 20 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Yb. Dato’ Setiausaha Kerajaaan.
  • Menyelaraskan gerak kerja, dasar dan apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Negara (NADMA) berkaitan dengan pengurusan bencana.
  • Mengeluarkan strategi, arahan, pelan tindakan, hala tuju dan dasar dalam pengurusan bencana
  • Menguruskan aspek pengurusan bencana diperingkat Negeri dan Jajahan.
  • Khidmat keurusetiaan kepada jawatankuasa-Jawatankuasa bencana di peringkat Negeri, Jajahan dan Daerah.
  • Mengadakan Post-Mortem pengendalian bencana diadakan selepas kejadian sesuatu bencana.
  • Menyelaras penggunaan peruntukan kewangan bersama dengan Pegawai Pembangunan Negeri dalam urusan perbelanjaan pengurusan bencana dan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini1870
Semalam2590
Minggu ini9449
Bulan ini78415
Jumlah319040
15
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 19 March 2024, 03:20:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan