UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN)
Ketua Bahagian/Unit |
Mohamad Nazwan Bin Ismail
Pengarah
|
|
Telefon | 09-7482560 (1102) | |
Faks | 09-7443411 | |
Emel | upen[at]kelantan.gov.my | |
Alamat |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Aras 1, Blok 1, Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan |
PENUBUHAN UPEN
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan ditubuhkan dalam tahun 1973, ekoran daripada penubuhan Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Jabatan Perdana Menteri di Peringkat Persekutuan. Penubuhan Unit ini adalah bagi memastikan kecekapan perancangan, pengurusan dan penyediaan pembangunan di peringkat Negeri.
Secara khususnya penubuhan ini adalah untuk mempertingkatkan aktiviti merancang, menilai dan menyelaras program-program pembangunan terutamanya hal-hal berhubung sosio-ekonomi supaya negeri ini mempunyai rancangan teratur dan boleh dilaksanakan dengan sempurna sejajar pelan strategik serta mewujudkan hala tuju penting sistem pengurusan UPEN ke arah yang lebih berkesan selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri.
VISI
"Kearah Unit Perancang Ekonomi Negeri Yang Unggul Menjelang 2025."
MISI
"Merancang Dan Menyelaras Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan Secara Efisyen."
MOTO
"Kearah Perancang Berkesan, Seimbang Dan Mampan."
OBJEKTIF
Merangka dan menyelaras perancangan pembangunan sosia-ekonomi negeri berasaskan aspirasi rakyat dan dasar Kerajan bagi mencapai peningkatan taraf sosial ekonomi yang mampan.
- Pentadbiran dan pengurusan bahagian seperti mesyuarat pengurusan, mesyuarat Bajet Negeri, perolehan dan perkara-perkara berkaitan urus tadbir Unit ini
- Tempahan dan kawal selia Bilik Mesyuarat Bunga Raya di aras 3 dan Bilik Mesyuarat Rafflesia di Aras Bawah, Blok 1
- Urus setia HRMIS UPEN
- Menguruskan penyediaan Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan)
- Penyediaan kertas pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitan Portfolio Infrastruktur dan Utiliti
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitan Portfolio Tanah, Sumber Asli dan Kewangan
- Penyediaan kertas pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitan Portfolio Pendidikan dan Teknologi Maklumat
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitan PortfolioPembangunan Islam dan Hubungan Seranta
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitan
Portfolio Kebajikan dan Pembangunan Wanita
- Penyediaan kertas pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitan Portfolio Pertanian, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitan Portfolio Industri, Usahawan dan Pelaburan
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitan
Portfolio Pelancongan dan Warisan
- Penyediaan kertas pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitan Portfolio Wilayah dan Kesejahteraan Rakyat
- Menyelaras, memantau perlaksanaan program-program dan projek berkaitanPortfolio Belia, Sukan & NGO