PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN NEGERI KELANTAN
Ketua Bahagian/Unit |
YBrs Nik MOhamad Fahmi bin Nik Daud
Ketua Penolong Setiausaha |
|
Telefon | 09-7485534/09-7486652 | |
Faks | 09-7486652 | |
Emel | tic@kelantan.gov.my | |
Alamat | Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan(TIC), Jalan Sultan Ibrahim, 15150 KOTA BHARU, KELANTAN |
MISI
- Untuk menarik kedatangan pelancong ke Kelantan dengan sasaran lebih 4.8 juta orang setahun;
- Menggalakkan agar setiap pelancong menghabiskan masa lebih lama di Kelantan sekurang-kurangnya seminggu dan memastikan agar peningkatan pelancong ke Kelantan meningkat dengan anggaran paling minima 20% dalam masa 10 tahun akan datang;
- Mengharapkan pelancong-pelancong yang pernah ke Kelantan akan datang lagi dalam masa maksima 5 tahun;
- Memastikan identiti dan kebudayaan melayu harus dikekalkan dan diperindahkan agar ianya dapat diminati oleh pelancong yang datang.
1. Am
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan , Kerajaan Negeri Kelantan. Juga bertanggungjawab pada Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam perkara berkaitan kebudayaan dan pelancongan.
2. Pelancongan
Meningkatkan kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke Negeri Kelantan. Sasaran tahunan adalah seramai 4.8 juta orang pelancong. Menjadikan Kelantan satu destinasi unik pilihan pelancong dengan memfokuskan kepada variasi budaya masyarakat tempatan dari segi cara hidup, makanan, permainan tradisi, keugamaan dan keindahan alam.
3. Kebudayaan
Menghidupkan, menyuburkan dan mempopularkan kebudayaan rakyat Kelantan agar tidak hilang dan terus kekal diwarisi oleh generasi kini. Menyediakan pewaris pada pengamal kebudayaan Kelantan. Menjadikan kebudayaan Melayu sebagai tarikan utama pelancong ke Negeri Kelantan.
