analytic

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah mengisytiharkan bahawa KDYMM Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul Naim

KOTA BHARU - 4 Muharram 1444H / 2 Ogos 2022 - YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah mengisytiharkan bahawa KDYMM Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul Naim telah mengadakan Pangkat Kemuliaan DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH KELANTAN yang dinamakan dalam bahasa Inggeris sebagai “Her Highness Sultanah of Kelantan” dan YANG TERAMAT MULIA CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN yang dinamakan dalam bahasa Inggeris sebagai “Her Highness Che Puan Mahkota of Kelantan”.

KDYMM Sultan Muhammad V juga telah mengampuni perkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH KELANTAN dengan gelaran:-

DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH NUR DIANA PETRA ABDULLAH

Sultanah Kelantan

Baginda juga telah mengampuni perkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan YANG TERAMAT MULIA CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN kehadapan YBhg. Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dengan gelaran:-

YANG TERAMAT MULIA CHE PUAN SOFIE LOUISE JOHANSSON PETRA

Che Puan Mahkota Kelantan.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini2137
Semalam4082
Minggu ini13595
Bulan ini66729
Jumlah393952
34
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 23 April 2024, 04:38:08.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan