analytic

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2019 KALI KE-2.

 

 
 

KOTA BHARU, 12 Syaaban 1443H/15 Mac 2022 - YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YBhg Che Sofie Louise Johansson berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Kelantan bagi tahun 2019  kali ke-2, Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V yang ke-50.

Istiadat pada kali ini telah diadakan 2 sesi bermula semalam pada hari pertama, seramai 175 orang penerima. Manakala  hari ke-2 seramai 174 orang penerima.

Turut sama berangkat hadir ialah  Paduka Adinda YAM Tengku Muhammad Fakry Petra, YBM Tengku Laksamana Kelantan serta YAM Tengku Puan Laksamana Kelantan dan YBM Tengku Temenggong Kelantan.

Turut sama hadir YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dan YABhg Datin, YBhg. Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan YBhg Datin, YB SS Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Perwira Raja, Penglola Istana D’Raja Kelantan, YBhg. Dato’ Ketua Istiadat Negeri Kelantan dan YBhg. Dato’ Pegawai Istiadat Negeri Kelantan.

Foto: Unit Media Pejabat Sultan Kelantan

eGaleri : https://egaleri.kelantan.gov.my/index.php?/category/2179

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini793
Semalam2854
Minggu ini15167
Bulan ini47025
Jumlah374248
4
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Friday, 05 April 2024, 12:00:20.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan