analytic

PROJEK TAMAN BANDAR TUMPAT MAMPU BANGUNKAN SOSIOEKONOMI RAKYAT - MENTERI BESAR

 

 

TUMPAT - Menteri Besar, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata pelaksanaan Projek Taman Bandar Tumpat diharap dapat memberi manfaat yang besar khususnya kepada penduduk tempatan dalam pembangunan sosioekonomi dan pelancongan.

Menurutnya, projek tersebut adalah satu usaha kerajaan untuk memberi kemudahan dan membuka peluang pekerjaan untuk rakyat setempat khususnya bagi menjalankan aktiviti perniagaan.

“Projek Taman Bandar Tumpat berkeluasan 59.30 ekar ini adalah tanah yang ditebus guna hasil daripada projek mendalamkan muara sungai Tumpat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memperuntukkan belanja RM24 juta. Antara komponen taman-taman kecil yang dicadangkan untuk dibangunkan ialah Dataran Tok Selehong, Taman Kesenian Islam,Taman Budaya,Taman Bunga,Taman Hutan Laut dan beberapa kemudahan sokongan,” katanya ketika merasmikan Majlis Menteri Besar Jjupo Mato dengan Rakyat Peringkat Jajahan Tumpat dan Majlis Pengistiharan Taman Bandar Tumpat, hari ini.

Berhubung projek pendalaman sungai muara Tumpat pula, Ustaz Dato’ Ahmad memaklumkan Kerajaan Negeri berusaha memberi kemudahan dalam  meningkatkan hasil nelayan khususnya kepada aktiviti menternak ikan dan hasil laut.

Tambahnya, sokongan dan kerjasama daripada rakyat amat diharapkan untuk memajukan projek Taman Bandar Tumpat apabila siap nanti. Manakala penerima geran hak milik diingatkan supaya mengusahakan tanah yang diberikan oleh kerajaan untuk pulangan hasil yang memuaskan.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan bantuan rumah Dhuafa’ tahun 2022 kepada 12 penerima, tokoh usahawan berjaya kepada lapan penerima, tokoh pelajar cemerlang kepada lapan penerima serta penyampaian geran hak milik kepada 52 penerima.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran Muhammad, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato' Sr. Azami Mohd Nor, Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah, ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan, ADUN Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah dan Pengarah JPS Negeri, Kamal  Mustapha.
 

https://egaleri.kelantan.gov.my/index.php?/category/2177

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini2190
Semalam2590
Minggu ini9769
Bulan ini78735
Jumlah319360
15
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 19 March 2024, 03:20:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan