analytic

Previous Next

Minyak Masak Terpakai Bantu Jana Pendapatan

Minyak Masak Terpakai Bantu Jana Pendapatan
 
Kota Bharu, 29 Ogos – Siapa sangka minyak masa terpakai mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada si pengguna. Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (U-KeKWa) melalui 45 buah Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) bekerjasama dengan Kelantan Utilities Mubarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) mengadakan Projek Komuniti Lestari Kutipan Minyak Masak Terpakai Kepada Pitih.
 
Sebanyak 3,870.50 kg minyak masak terpakai yang berjaya dikumpul pada tahun 2020 dan pada tahun 2021 sebanyak 8,600.00kg. “Mendokong usaha Menteri Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian, saya kira sebagai masyarakat negeri Kelantan seharusnya menjadi tangan kanan dan kiri dalam menjayakan agenda besar dalam penjagaan alam sekitar”, kata Mumtaz dalam ucapan perasmiaan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai antara PPWK pada pagi ini.
 
Majlis yang diadakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom ini dihadiri oleh ahli jawatankuasa PPWK seluruh negeri Kelantan.
 
“Syukur alhamdulillah, kita telah menyambut baik usaha yang dibuat dengan kerjasama pihak KUM dalam menjadikan negeri Kelantan ini lebih berdaya saing, dapat memelihara alam sekitar yang lebih mampan, urus tadbir yang lebih efisien serta suasana yang lebih berinovasi.
 
Saya sangat berbangga untuk melaporkan kepada semua bahawa minyak masak terpakai mampu dijadikan pendapatan lumayan dan PPWK sebagai ejen promosi serta dapat menjaga kebersihan rumah tangga lebih baik dengan tiada benda yang dibuang secara sia-sia”, ujar Mumtaz lagi.
 
Pertandingan yang julung kalinya ini dimenangi oleh PPWK Kemuning dengan jumlah pengumpulan minyak masak sebanyak 431 kg memenangi hadiah wang tunai RM 500, tempat kedua dimenangi oleh PPWK Guchil dengan jumlah pengumpulan 374 kg minyak masak menerima hadiah wang tunai RM 400 dan PPWK Pasir Pekan mendapat tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM 300 dengan jumlah pengumpulan sebanyak 316 kg. PPWK Semerak mengumpul sebanyak 302 kg dan PPWK Manek Urai mengumpul sebanyak 278 kg menerima hadiah saguhati RM 150.
 
Usahasama ini bagi mencapai teras kedua dalam Pelan Induk iaitu Teras Alam sekeliling yang
berfokuskan kepada kemampanan sumber alam sekeliling melalui usaha pengurangan impak perubahan iklim. Menurut Pengurus Kanan Kewangan Korporat KUM, Puan Norizan Yaacob, “statistik kajian pencemaran bagi tahun 2016 setiap rumah menggunakan minima purata 2kg sebulan. Manakala 45% minyak yang tidak boleh digunakan akan dibuang begitu sahaja. Turut menyesali pembuangan minyak masak ke dalam sinki secara berleluasan boleh menyebabkan sistem pemparitan tersumbat dan menggalakkan pembiakan haiwan perosak seperti tikus dan lipas”.  
 
Turut hadir Timbalan EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan merangkap ADUN Tanjong Mas YB Rohani Ibrahim, Pengarah U-KeKWa, Pn Ilvira Mohd Dasuki serta Penolong Pengurus Modal Insan dan Pentadbiran KUM, Pn Nor Khalisah Abd Aziz.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone:09 748 1957

Fax: 09 747 7105

portal[at]kelantan.gov.my
Hari ini9882
Semalam16689
Minggu ini95286
Bulan ini239296
Jumlah608573
11
Online

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

 
 

kelantan

 

PENSIJILAN

  pensijilan_4920     

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 20 September 2021, 06:04:28.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan