Previous Next

“Kebersamaan Demi Rakyat”

21 Jamadil Awal 1442/ 05 Januari 2021: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ketika menyampaikan amanat tahun baharu 2021 dalam perhimpunan penjawat awam negeri Kelantan pada pagi ini.

Menteri Besar menzahirkan penghargaan diatas usaha, kerja gigih dan komitmen penjawat awam Kelantan dalam mendokongi dan melaksanakan dasar dan program Kerajaan Negeri dengan penuh cemerlang.

Kecemerlangan tersebut direkodkan berikutan pencapaian prestasi kewangan cemerlang Kerajaan dengan lebihan akaun semasa bagi tahun 2020 sebanyak RM44.54 Juta dan ini merupakan kali ke empat berturut- turut. Ia menunjukkan prestasi kewangan sentiasa berada dilandasan yang betul dengan urus tadbir hasil negeri yang cemerlang.

Amanat dengan tema “Kebersamaan Demi Rakyat” mengfokuskan empat gerak kerja utama iaitu pelaksanaan Pelan Strategik Gejala Sosial Negeri, Pengembangan Ekonomi dan Pembangunan Infrastruktur, Pengukuhan Hasil Negeri dan Pemerkasaan Sistem Penyampaian Kerajaan.

Turut diumumkan inisiatif baharu kepada rakyat dengan peruntukan sebanyak RM 500 ribu (maksimum RM 500 setiap penerima) bagi menyokong usahawan atas talian yang majoriti penglibatan dikalangan anak muda. Kerajaan Negeri juga bersetuju memberi pengecualian bayaran lesen kepada peniaga kecil seperti pasar malam di negeri ini.
Dalam majlis yang sama, Menteri Besar turut menyatakan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang komited dengan tugasan mendepani wabak Covid -19. Rakyat Kelantan juga diminta untuk sentiasa patuh kepada setiap garis panduan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Majlis dimulakan dengan ucapan YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri yang turut dihadiri YB Dato’ Speaker, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli yang berhormat dan pegawai kanan Kerajaan dengan pematuhan norma baharu.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu KELANTAN

  • 09-748 1957 
  • 09-747 7105
  • portal[at]kelantan.gov.my
Hari ini567
Semalam1876
Minggu ini36595
Bulan ini84909
Jumlah189485
18
Online

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

 
 

kelantan

 

PENSIJILAN

  pensijilan_4920     

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 25 February 2021, 03:13:52.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan