
18 Disember 2025 bersamaan 27 Jamadilakhir 1447H (Khamis) - Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Negeri (MTMN) Kelantan Bilangan 1 tahun 2025/1447H telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan Aras 1,Mabna MBI (BLOK 8), Kompleks Kota Darulnaim. YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan selaku pengerusi mesyuarat mewakilkan kepada YB Dato’ Ustaz Hj. Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Antara taklimat yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Teknologi Negeri (MTMN) Kelantan Bilangan 1 Tahun 2025 ialah Taklimat Advokasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang merangkumi Kempen Internet Selamat, Chatboart AIFA (Artificial Intelligence Fact-check Assistant), MCMC NEXUS – Pengukur Kelajuan Internet Berdasarkan Data Awam serta pembentangan Laporan Status Pelaksanaan Program Ekonomi Digital di Negeri Kelantan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).




