

21 Disember 2025 - YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM).
Kunjung hormat ini menunjukan jalinan kerjasama yang erat antara LKIM dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Turut hadir mengiringi Ketua Pengarah LKIM adalah Pengarah LKIM Kelantan.
Pertemuan ini juga adalah sempena Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penempatan Semula Nelayan Tok Bali bil 1/2025 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan




