analytic

SESI LAPOR DIRI TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (PEMBANGUNAN) DAN TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (PENGURUSAN) BAHARU

 

16 Disember 2025 bersamaan 25 Jamadilakhir 1447H, Kompleks Kota Darulnaim: Hari ini telah berlangsung sesi lapor diri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) baharu kepada YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan aras 4, MABNA MBI.

 

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) yang baharu dilantik adalah YBhg Dato’ Haji Ab Pattah bin Hasbullah, yang merupakan mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan). Manakala Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) yang baharu dilantik adalah YBhg Dato’ Haji Azi Rahimee bin Mohamed yang merupakan mantan YDP Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam.

 

Kedua-dua pelantikan ini adalah berkuatkuasa pada 16 Disember 2025.

 

Turut hadir sama ke sesi lapor diri berkenaan adalah Pengarah Majlis Sukan Negeri, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan Pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel suk[at]kelantan.gov.my  
Hari ini2093
Semalam6531
Minggu ini20825
Bulan ini80377
Jumlah1932838
54
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 16 December 2025, 08:30:34.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan