analytic

MEMPERKUKUH HUBUNGAN DIPLOMATIK KELANTAN-THAILAND

 

5 November 2025 - YBM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan, telah menghadiri majlis makan tengah hari atas jemputan Tuan Phasit Chudabuddhi, Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu. Pertemuan ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kerjasama.

Kedua-dua pihak membincangkan pelbagai potensi kerjasama strategik antara Kelantan dan Thailand, termasuk peningkatan hubungan rentas sempadan, pelaburan sektor swasta, industri halal, logistik, pelancongan serta pembangunan sumber nadir bumi negeri.

Kerajaan Negeri Kelantan komited untuk terus memperkukuh hubungan baik ini demi manfaat rakyat dan kemajuan bersama kedua-dua wilayah berjiran.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel suk[at]kelantan.gov.my  
Hari ini415
Semalam4929
Minggu ini12616
Bulan ini72168
Jumlah1924629
10
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 16 December 2025, 08:30:34.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan