
2 November 2025 - Kunjungan Hormat Akauntan Negara Malaysia ke SUK Kelantan
YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan, telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Zainani binti Jusoh, Akauntan Negara Malaysia.
Turut hadir ialah dua pegawai kanan Kerajaan Negeri, iaitu YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri dan YBhg. Dato' Bendahari Negeri.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Jabatan Akauntan Negara dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam aspek pengurusan kewangan awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti.
Semoga hubungan ini terus diperkasa demi kemajuan dan kecemerlangan pentadbiran negeri.




