
21 Oktober 2025 - Setiausaha Kerajaan Kelantan, YBM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah MAQIS Negeri Kelantan, Tuan Syed Fuad bin Syed Putra, bersama rombongan pegawai kanan jabatan.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan MAQIS dalam aspek kawalan biosekuriti, keselamatan makanan serta pengurusan sempadan negeri. Semoga hubungan erat ini terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.




